Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?
“syukur untuk nikmatmu, bukan tangisi
masalahmu.”
“count your blessings, not your problems.”
Ayat ini mudah bukan? Bersyukur dengan
nikmat yang diberi. Tapi apa takrifan nikmat dalam kehidupan seharian kita?
Nikmat yang bagaimanakah yang kita sentiasa nampak sebagai suatu nikmat?
Hadis nabi ada menyebut, dua nikmat yang orang
sering lalaikan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata Nabi SAW bersabda :
"Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang."
[HR Bukhari, no. 5933]
Dari Ibnu Abbas, dia berkata Nabi SAW bersabda :
"Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang."
[HR Bukhari, no. 5933]
Betul. Sangat betul.
Bila dah terlanjur guna masa lapang tu, baru nak sedar diri. Haha.
Baru nak
rasa menyesal. Padahal masa nikmat tu hadir, takde pulak nak bebetul guna , nak
bahagi masa baik-baik.
Selain tu, antara lain nikmat adalah,
Nikmat iman dan islam
(paling besar
sebenanrnya tapi kita selalu terlepas pandang, astaghfirullah.)
Nikmat ada ibu ayah
Nikmat ada adik-beradik
Nikmat diberi pengetahuan tentang isu
semasa
(sebab terlalu ramai yang leka dengan dunia sendiri, zon selesa dalam
kata lainnya.)
Nikmat boleh tidur
Nikmat boleh makan dengan sihat
Nikmat boleh minum
Nikmat boleh menghirup udara yang segar
Nikmat boleh bercakap
Nikmat boleh menghafal dengan pantas
Nikmat dapat memahami dengan laju
Nikmat dapat kawan ramai
Nikmat dapat kawan yang setia dan pendengar
yang baik
Nikmat ada air
Nikmat ada elektrik
Nikmat ada komputer riba
Nikmat ada telefon bimbit
Nikmat ada telefon bimbit pintar
Nikmat dapat masuk sekolah
Nikmat boleh solat berdiri dengan sempurna
Nikmat boleh menyebut huruf R dan S tanpa
pelat
Nikmat boleh membaca Al-Quran
Nikmat mengenal Al-Quran
Nikmat dapat cikgu dan pensyarah yang baik
Nikmat didorongkan hati untuk bertaubat
Nikmat dijaga dari maksiat
Nikmat dilorongkan jalan untuk membuat
kebaikan
Nikmat boleh menggaru
Nikmat boleh berjalan dan berlari
Nikmat boleh duduk bersila
Nikmat diberi sakit
Nikmat diberi ujian
Nikmat dapat menjawab peperiksaan dengan
jayanya
Dan banyak lagi, penat nak tulisnya. Hahahahahaha.
Korang senaraikan sendirilah ye
Tetapi,
Kita sebagai manusia, akan sentiasa tidak
perasan dengan nikmat-nikmat ini,
dan kita nak akan nikmat yang Allah
limpah-ruahkan kepada orang lain.
Kita kurang menyebut “Alhamdulillah atas
nikmat Allah bagi ni.”
Tapi kita selalu menyebut, ‘beruntunglah
kau. Hmm, aku ni….”
Sebab itu Allah kata,
‘…. Amat sedikit sekali yang bersyukur.’
Sebab apa? Sebab kita jarang mengira,
menghayati, benar-benar memaknai nikmat kita sendiri. Daripada perkara paling
kecil sehingga paling besar dalam hidup kita yang sekarang ini.
Maka, marilah kita mula untuk belajar
memaknai nikmat dan hikmah disebalik semua nikmat ini. Belajar menghayati semua
perkara dan kejadian yang berlaku di sebalik kehidupan kita ini. Selaklah jendela
hikmah dan intailah rahmat Allah yang luas itu. Carilah ketenangan dengan
mensyukuri dan berterima kasih atas nikmat Tuhan.
Tingkatkan zikir (sama-samalah kita buat
T.T). semoga Allah nampak usaha kita dan memasukkan kita dalam kalangan orang soleh,
lalu memasukkan kita ke dalam syurga-Nya di akhirat nanti.
Tidak salah untuk kau dan aku mengenang dan memikirkan masalah kita, tapi sama-samalah kita beringat, kita ada Allah Yang Maha Besar dari masalah kita. pulangkanlah semua rasa gundah gulana, celaru dengan masalah dan keliru dengan diri kepada Allah agar Dia sentiasa memandu hati kita mencapai ketenangan.
Tidak salah untuk kau dan aku mengenang dan memikirkan masalah kita, tapi sama-samalah kita beringat, kita ada Allah Yang Maha Besar dari masalah kita. pulangkanlah semua rasa gundah gulana, celaru dengan masalah dan keliru dengan diri kepada Allah agar Dia sentiasa memandu hati kita mencapai ketenangan.
dan, untuk memulangkan semuanya kepada Allah dan mengharapkan kehadiran ketenangan adalah suatu latihan hati. mohler berlatih selalu. Moga Allah pandu.
Allahumma aamin.
count your blessings. :)
astaghfirullah
wassalam
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D