Tart Nenas dan Kek Lapis



Image result for tart nenas dan kek lapis

Aku masih ingat bila pertama kali aku dan kawan-kawan dimaklumkan tentang kewujudan 'tart nenas team'. nampak kelakar bukan namanya? tapi ada misi di sebaliknya. 

aku dan kawan-kawan bercadang untuk menggantikan nama tart nenas kepada kek lapis. sebab ya lah, tart nenas itu orang punya. jadi, kita tukar pada kek lapis. 

aku dan kawan-kawan menantikan rancangan dari mereka yang berpengalaman, sebab kata mereka, kami yang baru ini banyak yang tidak tahu, jadi tunggu sahaja arahan mereka. 

alih-alih, tunggu punya tunggu, tiada apa. 

kemudiannya, bila bertanya lagi, jawapan masih sama. 

baiklah. aku dan kawan-kawan tidak lagi mahu mengharapkan mereka yang berpengalaman sebab pada pemerhatian aku, sampai bila perlu untuk kita mengharapkan mereka. 

maka, kami memulakan satu langkah.

dari langkah yang pertama itu, kami perlahan-lahan menuju dari satu puncak ke satu puncak.

betul, langkah dan usaha kami ini tidak banyak hasilnya. namun, kami amat berharap dari usaha dan langkah kami ini ada menjentik hati-hati mereka yang lainnya untuk bersama kami.  mungkin tidak bersama kami secara total, cukuplah bersama kami untuk memahami kenapa perlu sangat praktikkan Islam dengan menyeluruh ini. bukan senang untuk memberi orang faham, yang penting itu usaha sebab hidayah milik Allah. 

pernah, 
kami 'kek lapis team' buat 'tart nenas team' marah sebab kesilapan kami. tapi, disebabkan kesilapan dan kesalahan itu, aku dan kawan-kawan diabaikan begitu sahaja. teruk kami diabaikan. aku faham, mereka marah. aku faham, mereka tersinggung. tapi begitu sahaja diabaikan kami. hmm. 

apakan daya, salah kami, kamilah yang perlu menanggungnya. 

kenapa kami berbuat demikian? kenapa tindakan aku dan kawan-kawan seperti itu? 
aku berusaha untuk menyelami perasaan kawan-kawan aku yang menyebabkan 'tart nenas team' marah. ikut kefahaman aku, ini semua sebab mereka yang berpengalaman itu, tidak menerangkan dengan jelas kepada kami. mungkin itu cara mereka untuk menjaga kami yang baru. kami juga tidak tahu. 

biarlah cerita-cerita 'tart nenas team' dan 'kek lapis team' menjadi suatu kenangan buat diri aku dan kawan-kawan. 

aku minta maaf sangat pada kawan-kawan yang aku dah berjanji pada diri untuk sampaikan pada kalian apa yang aku tahu dan apa yang patut. maaf andai aku tidak berusaha sehabis baik, sebaik mungkin, doa aku sentiasa bersama kalian wahai kawan-kawan. semoga Allah menunrunkan hidayah-Nya sentiasa pada kau dan aku dan sentiasa menjaga kita untuk berada bawah rahmat-Nya dan tidak tinggalkan kita sekelip mata jua. 

sekian sahaja coretan dan bebelan dan kenangan ini. yang lain tu, simpan saja lah. huhu.

aku sayang kalian. maafkan aku. terima kasih untuk memori dan pengajaran. 
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya