KESAS '10




assalamualaikum...
seperti yang dikatakan, saya akan menulis tentang perkhemahan asas 2010... saya tidak pernah menjadi AJK program syabab, selalunya hanya AJK program tarbiyah...

ok, oleh sebab ini adalah yang kali pertama, maka muka tertanya-tanya saya muncul... muka tak tahu apa-apa (boleh bayang?) orang kata, muka 'innocent'... gitulah kiranya,,,


KESAS '10 atau perkhemahan asas ini umumnya untuk adik-adik tingkatan satu tapi bagi sesiapa yang belum pergi lagi, kena pergi juga, tak kisahlah tingkatan 2, 3, 4 atau 5...

saya adalah ajk pengangkutan dan penginapan pada awalnya, tapi tiba-tiba apabila mesyuarat terakhir, kata tak jadi keluar dari sekolah, makanya pengangkutan tidak berguna... terus membantu ajk aktiviti yang banyak kosong lagi...

saya membantu adik tingkatan 2 yang juga sebagai ajk aktiviti KESAS ini... tolong bereskan mana-mana yan terlopong.. bincang punya bincang, tetibe saya dapat satu tugasan, kena sediakan checkpoint xplorace... hah, dengar memaaang berat, pusing kepala saya sebab sebelum ni saya dah pernah buat xplorace tapi tak delah sampai 10 checkpoint... saya terima dan buat dengan hati yang redha (insya-ALLAH)... memang malam tu tidur jam berapa pun saya tak ingat...

bila tiba hari pertama KESAS, pagi tu ada MPT5.. ikut je, teringat pulak kisah lama... rindu sangat semangat kerjasama tu.. ok, berbalik ke KESAS...

ajk penginapan kena sediakan tapak perkhemahan adik-adik. adik-adik ni memang banyak ragamnya, saya kata satu, mereka balas sepuluh.. takpe sabar, hari pertamakan... harungi hari sampai malam... bila malam, kak huda datang jenguk.. untuk hirasah, kami pihak ajk dah beri nasihat buat hirasah setengah jam... tak mahu dengar, nasiblah sebab esoknya kena bangun jam 2.15 am... tak mau dengar kata kami, makanya, mereka melakukan hirasah 1 jam seorang , ada yang 2 jam seorang.. hah, sape yang tidur nasib baik, yang tak tu nak wat cane... esoknya tersengguk-sengguk tahan mengantuk...
maka, mereka menjalani nightwalk dan harapnya memberi sedikit kesan dalam hati mereka walaupun ada yang nampak tenang saja... MEMANG SANGAT BERHARAP PADA KESAN DALAM HATI, TAK BANYAK PUN TAK APA, SIKIT PUN CUKUP...

mereka menjalani hari kedua macam itulah, banyak benar ragam mereka, yalah, disekolah... nak kata manja pun boleh jugak... hahaha, maaf adik-adik tapi pada pemerhatian kami, para AJK ramai yang kata kamu manja tapi tak apa boleh diubah... sikit-sikit.... amek semua iktibar di AL-AMIN dan insya-ALLAH adik-adik akan jadi kuat dan tabah... malam hari kedua, ada malam seni, muhasabah sikit (terima kasih kepada xephora kerana melakukan curhat yang terbaik!) masa mereka ni ada malam seni, saya dan farhana hassan sediakan checkpoint explorace, muka sume kecut sebab memikirkan cara yang terbaik... dah hampir siap, buat semula sebab ada pulak yang tertinggal, tersalah... memang agak penatlah, bila tiba masa untuk tidur, barulah mereka dengar kata kami untuk hirasah setiap 1/2 jam... bagus, mereka bangun untuk qiamullail dengan cepat... tabik spring sama mereka... malam ini, ada BBQ untuk adik-adik, bila dah siap masak, tinggalkan dengan siap bertutup untuk ada post-mortem, tetibe dapat berita kami ada 'pelawat',, anjing datang menjengah nak tengok KESAS ni berjalan dengan bagus tak.. maka ramai yang membuat dakwaan anjing tu turut 'merasa' BBQ tu sebab yang ditutup itu terbuka...

hari ketiga, mereka ada explorace... memang pelbagai ragam.... saya jaga checkpoint percayakan kawan.. hahahaha, ada yang 10% saja keyakinannya pada kawan pun ada.. takut sangat... ada yang kata klu tu susahlah... sabar je lah dengan adik-adik walaupun hari sebelum dah kena marah sebab banyak sangat menjawab bila saya bercakap... saya dah bagi amaran jangan cakap apa-apa dulu sebelum saya habis cakap, tak mahu dengar, hah, memang kena... ayat bunyi gini : 'boleh tak nt senyap sekejap sebelum ana naik angin?' terus senyap... kesian tengok muka tapi nak macamana.. terima saja... ok, program KESAS habis... sume kerisauan untuk xplorace dah habis, untuk buat yang terbaik untuk adik-adik juga kami dah usahakan...

ok, sume peserta dah balik, kami yang AJK ni perlu bereskan sume peralatan yang terkena anjing (dakwaan kami), tapi jangan risau, kami dah samak.. best! saya belajar samak... gunalah pasir yang ada kat AL-AMIN tu, rupa-rupanya berguna juga... alang-alang tu, bersihkanlah mistin yang kotor hitam dengan pasir, fuh, hilang,tapi tidaklah seputih seperti yang mula-mula beli apa-apa pun sungguh best!!!

KESAS ni satu pengalaman yang cukup best bagi saya sebab kerja-kerja minit-minit terakhir memberi saya cara untuk kekal bertenang untuk menjalaninya walaupun banyak ragam adik-adik dan pelbagai lagi..

disini, saya nak ucapkan berjuta-juta kemaafan kepada adik-adik kiranya ana ada terkasar bahasa... garang sangat... muka ketat, padat, sendat... MAAF!!!

dan terima kasih saya ucapkan kepada AJK-AJK yang terlibat, banin dan banat... kerana membantu saya untuk semuanya... yang tolong untuk xplorace, untuk menyamak, untuk masak, untuk BBQ, untuk semua aktiviti...

juga saya ucapkan terima kasih untuk semua peserta dan AJK kerana memberi saya pengalaman secara langsung atau tidak.... terutamanya saya nak ucapkan untuk XEPHORA, ALIYYAH, HIDAYAH F2, FARHANA F2, JAMILAH F3, AQILA D, KHALIDAH, ANHAR, NURLYANNA, IMAN, NAADIYAH... LOVE YOU ALL!

terima kasih kepada AJK MAKANAN - Anhar Mohd Yunus, Nur Hidayah Mohd Redzwan, Aliyyah Abdul Azmil(tumpang saja.. haha) kerana menyediakan kami makanan yang BERKHASIAT!!!

TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU, XIE XIE, ARIGATO!

tiada apa yang saya boleh beri melainkan hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas jasa kalian... ALLAH sahaja yang boleh memberi keberkatan, keredhaan sepanjang umur dan hidup kalian... ameeeen...

cuma ada satu yang saya suka untuk beritahu, TEPUK-TEPUK PANAS :' PAK-PAK PANAS, PAK-PAK PANAS, PAK-PAK HOT! '

astaghfirullah, wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya