IDUL ADHA..

assalamualaikum..

apa khabar? lama dah saya rasa saya tak post.. seperti yang sedia maklum, saya menghadapi minggu peperiksaan yang cukup panjang ( sungguh penat )...

sebenarnya nak cerita tentang pengalaman ke KEM ASAS'10, ke AGENSI NUKLEAR MALAYSIA..
tapi cerita satu-satu ye???

fokus utama kali ini ialah tentang raya IDUL ADHA.. semua sedia maklumkan raya ni memang orang akan buat qurban.. sunnahkan benda tu,,

jadi, tempat saya pun ada buat juga. saya tinggal di Taman Maju Jaya Fasa 3. qurban yang dilakukan adalah di surau al-huda..

surau saya ada 4 ekor lembu tapi lembu semuanya kurus-kurus... kalau nak lembu besar kena bayar mahal... haha, teringat satu cerita, (tazkirah ramadhan surau saya)...
ceritanya begini,
ustaz tu bercerita :"semua nak bayar murah-murah untuk qurban, cari punya cari, jumpa yang RM350, tak mau, mahal. cari lagi, jumpa RM300, tak nak jugak, mahal.. cari lagi, jumpa pulak RM280, takmau jugak.. taktaulah nak yang berapa ratus punya untuk satu bahagian. takper, orang tu cari lagi, hah, jumpa pun RM230.. wah,, murah,murah... ok, maka belilah bahagian tu, orang yang jual bahagian tu kata nak lakukan qurban berdekatan sungai,, tiba hari qurban, orang yang beli bahagian tu pun pergilah ke sungai yang dijanjikan, cari punya cari lembu yang dia beli bahagiannya, hahaha, kurus, takde daging, tulang.. orang kata papan je.. padan muka orang tu.. cian, menyesal tak sudah,... " pengajarannya, janganlah berkira sangat.. qurban untuk dipersembahkan pada ALLAH kenelah yang terbaik.. bukan ikut suka ati.. nak yang murah, ingat! duit tu pun ALLAH yang punya, manusia ni pinjam je..

lepastu, kalau raya qurban ni, mesti ada insiden yang jadi, saya pasti kat surau kamu pun ada berlaku hal ni, anda tak tahu melainkan anda menjadi orang yang sering ke surau. ok, tempat saya.. orang-orang suka untuk rebut daging.. macam tak pernah makan daging.. kalau pihak yang berwajib nak bagi satu kg, sepatutnya terima. ni tak, banyak cerita pulaklah masyarakat rumah saya, macam ayam nak bertelur pun ada jugak, cerita tahun lepas tak dapat daging sambung sampai hari ni, pastu cerita tahun ni bawak ke tahun depan, penatlah AJK nak dengar... angguk geleng jelah...

kemudiannya, kalau memasak daging untuk dibuat lauk, untuk dikongsi bersama, ada pulaklah yang bawak periuk datang surau, dia kata :' periuk ni abang saya punya, yang ni kakak saya punya, yang ni saya punya.' padahal mereka tiga beradik tak pernah datang surau.. bila nak amik lauk, baru kenal jalan ke surau tu macamana selok-beloknya... panas saja hati yang tengok mereka-mereka ni... tapi itulah ragam manusia hari ini yang semakin kurang pemahaman tentang agama.. tau nak puaskan hati... itu yang penting bagi mereka...

itulah ragam di tempat saya, setiap tempat berlainan.. kan??? sebenarnya ada macam-macam ragam lagi, tapi saya tulis mana yang ingat je...

haaa, terlupa, ada pulak yang datang tolong sikit, maksudnya hiris daging satu kali, nak berplastik-plastik daging 1 kg tu.... ada pulak, nak semua plastik daging yang tinggal, katanya nak agihkan pada keluarga yang tercinta, kononnya... padahal RM350 (harga di surau saya) boleh beli berkilo-kilo di pasar... tak fahamlah mereka semua,,
tapi saya tetap perlu fahamkan.. kalau tak, macamanalah saya nak adaptasi dengan dunia luar nanti,, belajar saja semua pengalaman satu-satu dan proses dalam minda yang alhamdulillah sihat wal afiat ini,, amik pengajaran dan tinggalkan yang buruk...

insya-ALLAH setakat ni dulu, tunggu cerita tahun depan k???

astagfirullah, wassalam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Pencarian kita sama