lawatan ke Nuklear Malaysia





assalamualaikum...
post yang kali ini adalah tentang Agensi Nuklear Malaysia (bawah MOSTI). saya nak post dengan segera sebab takut lupa pulaklah isinya,

ok,
saya pergi Agensi Nuklear Malaysia ni sehari selepas KESAS '10. memang penat tapi memang best sebab dapat ilmu baru. Agensi Nuklear Malaysia atau mudahnya Nuklear Malaysia. bila tiba sahaja di Nuklear Malaysia, kami terus masuk, pegawai perhubungan am (tak ingat nama) terus beri ucapan. dia menceritakan tentang kronologi Nuklear Malaysia yang suatu masa dulu namanya CRANE (70an). dia bertanya kepada kami tentang nuklear. apa yang kami tahu. apa lagi kalau bukan nuklear adalah untuk buat bom. itu saja yang diuar-uarkan, itulah yang kami tahu... hahahah, rupa-rupanya, nuklear juga ada banyak kegunaannya selain daripada untuk bom...
kegunaannya adalah untuk penyelidikan, pertanian dan macam-macam lagi.
orang itu terus-menerus bercerita.. tapi beberapa minit terakhir, saya tertidur-tidur.. tanpa disengajakan, saya dah cuba tapi... MAAF KEPADA ENCIK PEGAWAI.. SAYA TAK SENGAJA...

pegawai tu kata di Malaysia hanya jalankan semua projek kecuali membuat bom,, salah satu projek adalah untuk jadikan tenaga nuklear sebagai salah satu tenaga elektrik di Malaysia sebab negara kita ada tenaga hidro, gas dan arang batu dan semua ni akan habis dan ada yang perlu dibeli.. maka dengan penambahan tenaga nuklear dapatlah menampung walaupun sedikit.

sinaran yang ada yang biasa diketahui ialah alfa, beta, gama.. semua sinaran ni adalah untuk membunuh kuman, juga boleh ubah DNA...ada 5 tempat yang menjalankan projek untuk tenaga nuklear ni, saya hanya ingat dua... dan kami hanya ditunjukkan dua juga...

pertama SINAGAMA (sinaran gama),
ok, disini kuasa utamanya ialah Cobalt-60 (Co-60)... sinaran Co-60 ni ialah sinaran gama, sinaran ni boleh tembus semuanya kecuali plumbum, konkrit tebal dan air. kalau manusia terkena sinaran ni, akan mengubah genetik manusia secara perlahan-lahan dan akan mati akhirnya. pekerja disini bekerja selama 360 hari sebab seminggu cuti raya puasa... dan sinaran ni tak perlukan kuasa luar seperti elektrik kerana Co-60 tak akan henti mengeluarkan sinaran sehingga jangka hayat tamat.. ok, cara nak sinarkan ialah masuk dalam satu bilik dan letak dalam kotak aluminium bernama tode dan tode akan lakukan pusingan. satu pusingan ialah 5kilogray... standard antarabangsa ialah 25kilogray...untuk siap 25kilogray adalah lebih kurang 4jam (kalau jangka hayat Co-60 baru) kalau lama boleh jadi 8 ke 10 jam... kilogray yang diperlukan bergantung kepada barang tu... kebiasaannya barang perubatan yang 25kilogray, barang-barang lain ada yang hanya 10 kilogray... Co-60 ni perlu ditukar kalau jangka hayat dah nak tamat... bila dah tukar baru pusingan hanya memakan masa 4jam dan kalau lama sangat jadilah 8 ke 10 jam... dan dia bertukar-tukar begitu. apabila barang-barang dikeluarkan daripada tode, tak ada apa yang berubah melainkan satu pelekat yang diletakkan.. daripada warna hijau jadi ungu jernih..., kalau tak silap saya, ni saja.. kalau ada sesiapa yang perasan kekurangannya, sila maklumkan...

kedua, ALURTRON (alur elektron),
baik, yang ini pula menggunakan kuasa elektrik secara sepenuhnya, kalau elektrik takde, takdelah dia berfungsi, yang ini guna sinaran beta, sinaran ini hanya boleh melepasi 15mm / 1.5cm sahaja... lebih kurang tebal tapak tangan. yang ini barang yang kenakan sinaran diletakkan atas conveyor trolley dan lalu atas conveyor track. memandangkan sinaran yang boleh lepas kecil je, maka apabila dah wat sebelah sinaran kena terbalikkan untuk sebelah lagi... masa yang diperlukan unutk sinaran 25kilogray hanyalah 93 saat (kalau tak silap, takpasti 98 atau 93 saat)... sekejapkan??? tahu tak TNB hanya menyediakn bekalan AC tiada DC sedangkan alurtron ni memerlukan DC..jadi diorang kat sini perlu buat tukaran AC ke DC di dalam inverted room... rumah kita hanya memerlukan 240 kilowatt tenaga manakaln alurtron memerlukan 3 juta kilowatt (kalau tak silap).. banyak tu... diorang lebih banyak penyelidikan. satu yang saya ingat ialah tentang asap kilang yang berasid. kalau dilepaskan macam tu je akan mengakibatkan hujan asid, maka sebelum dilepaskan perlu lalu bawah electron beam accelerator untuk jadikannya neutral, bahan yang terasing daripada kotoran itu boleh jadi baja... baguskan??? electron beam ini juga telah mempunyai banyak potensi untuk pemprosesan yang dihasilkan seperti semiconductors,heat-shrinkable, polymer degradation, wire and cable, polymer modification, and pollution control. (maaf kalau ayat tunggang terbalik)

alhamdulillah, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. SINAGAMA dan ALURTRON ada kebaikannya untuk manusia, cuma perlu guna dengan betul, kalau salah. habislah tunggang terbalik bumi ni. sebab melawan sunnatullah...

ingat, ALLAH dah tetapkan semuanya tunduk kat kita, manusia yang kebanyakkannya tak reti sedarkan diri.. semuanya pinjaman, bila-bila ALLAH boleh tarik balik. harapnya sedikit ilmu ini dapat diambil pengajaran dan kebaikannya... bagi sesiapa yang menyertai lawatan ke Nuklear Malaysia temoh hari dan menyedari kekurangan saya dalam post ini, tegur-tegurlah ya untuk saya lakukan penambahbaikan... terimakasih...

sebelum tu, bagi sesiapa yang berminat dengan nuklear, bolehlah ambil jurusan sains nuklear di UKM (satu-satunya di MALAYSIA) lepastu kerja dengan Nuklear Malaysia... hehehe,,,
sekian saja,,

astaghfirullah wassalam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya