Khamis, Julai 11, 2013

mata tengok bawah?

*menundukkan pandangan bererti menjaga pandangan*

assalamualaikum, geng sume.


lama dah belog ni tak dihapdet oleh aku yang tak gheti-gheti nak hapdet belog. haha.


pekaba sume? pekaba iman anda? moga sentese dalam lindungan ALLAH. selawat dan salam ke atas junjungan baginda nabi Muhammad SAW.


post kalini berkisar tentang mata. ahaa, apa yg nak dibincangkan? cer teka?


ehem, macam lama je nak dapat jawapan tu. ok, meh le nak bagitau ni, nak citer pasal mata bukan struktur mata atau cara nak jaga mata atau cara nak sihatkan mata tapi nak berkongsi sedikit pandangan pasal penglihatan .


mata merupakan pancaindera utk melihat *sekima lah pulok* :)

jadi, kita guna mata nak melihat lah kan? tapi , apa yang kita lihat sebenarnya.

tepuk dada, tanya diri sendiri...


meh nak kongsi samting. sebenanya, arituh, ada sorang ukhti ni , dia ceghite, bunyinya begini...

"saya ni dahlah tembam, pakai baju rasanya dah tutup dah semua, pakai purdah lagi tu, siap pimpin anak lagi, tapi masih ada orang yang nak pandang saya. apa lah yang diorang tengok tu??? "


sambungnya lagi,

"MATA LELAKI NI BUKANNYA NAMPAK SATU LAPISAN LUAR NI JE, DIORANG BOLEH TENGOK SAMPAI HEMPAT (4) LAPIS."

fuh, pedas ayat ukhti ni, nasib bek time tu aku ngan mama je yang ada, kalau lerr ada lelaki masa tu, aku rasa TAK PATUT KALAU DIA TAK TERASA. :)

*kalau dia tak terasa, maknanya dia bukan lelaki lah tu.* (yeke kenyataan ni?)

ahaa, jadinya, apa yang korang wahai pembaca dapat daripada kisah kat atas ni?? senang jek, sebenarnya nak suro KITA-KITA SEMUA NI, JAGA MATA, MENUNDUKKAN PANDANGAN.

takkisahlah sape sekalipun kita ni, laki ke pompuan ke, tetap perlu jaga pandangan. sebab tu ada ayat-ayat bunga orang melayu, DARI MATA TURUN KE HATI. sebab tu ler, kene jaga mata, tengok tu benda yang patut je, bukan tengok sembarangan. 


mungkin kita rasa kita nak tengok tu sebab suka tengok fesyen baju dia ke , apa ke.. cumanya, kat sini nak bitau lerr, yang sebenarnya, pandangan nafsu dengan bukan pandangan nafsu orang boleh nilai, jadi bila nak tengok tu, pastikan bukan pandangan nafsu ++ syahwat. sebab, hengat! ALLAH bagi mata ni suro tengok nikmat dia bagi, suro tengok alam yang DIA cipta ni, pastu terus bersyukur, bukan benda bukan-bukan, pelik-pelik, hengat tu!!! 


kalau SALAH GUNA NANTI, ALLAH BOLEH TARIK, SEBAB MATA NI DIA PUNYA.

meh nak kongsi ayat sikit, ALLAH suro ingat-mengingatkan antara sesama muslim kan...

maksudnya : 



"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) 
surah annur : 30-31

haa, nampak tak dalam ayat ALQURAN sendiri ALLAH dah tegaskan suro jaga pandangan kan atau ayat mudahnya, menundukkan pandangan ataupun kata lain, mata tengok bawah...??? jadinya, 

JOM JAGA PANDANGAN KITA, KALAU TAK PERLU TENGOK, TAKPAYAH LERR TENGOK. SEBAB INIPUN BOLEH ELAK DIRI KITA DARIPADA MENGUMPAT // FITNAH.

eheh, panjang pulok.!

ok, aku tulis ni, terutamanya peringatan untuk aku, juga tuk ikhwah dan akhawat yang baca, moga dapat manfaat.

maaf kalau terkasar bahasa, masih amatur pun dalam menaip-naip ni. 

MOGA ALLAH REDHA :)

astaghfirullah, wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D