mana bantuannya?


assalamualaikum.

ini berita gempar.

jam 3 petang. dalam suasana hiruk pikuk Kuala Lumpur. 


seorang anak dan dua ibu bapa nya ingin melintas jalan seusai penat berjalan-jalan di shopping mall ternama Kuala Lumpur, SOGO. 


anak itu anak yang sangat aktif dan amat hiper. suka sangat berlari-lari dan penat kedua ibu ayahnya mengejar. sedangkan kedua ibubapanya tadi semakin mencecah ke usia tua.


namun dek kerna sayangkan anaknya yang satu ini, mereka pun memanggilnya dengan nada sayang dan kasih,

"anak, jangan lari, penat mau kejar kamu."





si anak, pusing belakang melihat ibu bapanya dan tersenyum2. tapi kalini bukan berlari tapi hanya berjalan laju.


dan alhamdulillah, si ibu bapanya dapat mengejar anaknya dan kedua mereka menggenggam tangan anaknya di sisi jalan dan berkata, 


"lain kali jangan berlari dan jangan juga jalan laju, pegang tangan kami dan jalan seiring , sejalan dan sehaluan dengan ma dan pa."


si anak senyum dan angguk2 riang. iyalah, umurnya baru sahaja 7 tahun.


namun, oleh kerana sifat keanak-anakan, sifat tak sabar ingin melihat keindahan lain di kota Kuala Lumpur yang serba serbi pencakar langitnya itu dan hiper-aktif yang amat, si anak tadi melepaskan genggaman kedua ibu bapa tadi dan berlari-lari melintas jalan.


si bapa, tanpa sempat melakukan apa-apa selain daripada hanya berkejar mendapatkan anaknya, segera mendapatkan intan payung nya yang seorang itu. 


si ibu pula, terjerit-jerit di sisi jalan,


"kereta-kereta semua perlahan-lahan, anak saya dan suami saya sedang melintas jalan...!"


namun jeritan itu tiada siapa yang dengar kerna di hiruk pikuk KL, semua sibuk dengan urusan masing2.


tidak semena mena, si anak dilanggar kereta, jatuh, berlumuran darah dan pengsan.


tidak sempat pula si bapa mendapatkan anaknya, si bapa pula dilanggar oleh sebuah lori. juga sama. jatuh , berlumuran darah dan pengsan. Mati.




si ibu, hanya menangis-nangis dan menjerit pada umat semua yang sibuk dengan urusan dunia. 


"anak saya dan suami saya, kene langgar...! berlumuran darah...! kenapa tiada orang yang peduli...! kejamnya umat kini. sifat tolong menolong mana....?! kata kita sama-sama. saling bantu membantu. korang kejaaaam...!!!!"


namun, tiada siapa juga yang mendengar rintihan, tangisan dan esakan si ibu tadi. semua tidak menghiraukannya. semua amat utamakan urusan sendiri. tidak menghulurkan bantuan sedikit pun. 


kita disini juga tidak dapat nak membantu banyak. ayuhlah kita sedekahkan alfatihah kepada anak dan bapa semut tadi. wallahu'alam.


jangan marah sebab ingatkan aku nak melawak dengan menggunakan semut. tapi sebenarnya kita ini terkadangnya terlalu sibuk dengan urusan kita sampaikan kita lupa kita berkongsi dunia dengan orang lain dan diorang pun berhak dapat hak diorang. 



*aku pun ketuk kepala, headshot diri sendiri gak*



sesungguhnya dalam rezeki yang kita dapat itu, ada hak orang lain di dalamnya. maka berkongsilah. 

bersyukurlah. sedekahkanlah. dan sesungguhnya kuasa sedekah itu super duper hebat dan tiada siapa yang mampu menandingi kehaibatan sedekah itu. namun satu sahaja, YAKIN.

"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak menyayangi sahabatnya seperti mana dia menyayangi dirinya."

(riwayat Bukhari dan Muslim)

JOM SAMA-SAMA BANTU SAHABAT KITA YANG DI SYRIA, PALESTIN, MESIR, DAN DIMANA-MANA SAHAJA. 





semoga Allah membalas semua jasa kebaikan kita.


asif. astaghfirullah. wassalam.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya