Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Assalamualaikum dan selamat pagi. *lambai-lambai*

Sekarang ni kita dalam bulan Ramadhan, dah hari ke 14 dah. dah separuh Ramadhan rupanya. tapi, adakah perasaan untuk berlumba-lumba melakukan amal tu masih ada? memandangkan kita pun dah pertengahan jalan, nak tak nak kita memang kene teruskan. kalau bukan sekarang mengumpul amal kebaikan, bila lagi, ye dok? nak tunggu tahun depan? nak tunggu esok?

sampai bila kita nak bertangguh? sebab bertangguh tu kan tak baik. dan sekarang ni kan bulan baik yang mana tiada syaitan padanya, sebab dah kene ikat. maka, segala kemalasan yang wujud tu sebenarnya adalah dari dalam diri kita sendiri.

rasa malas nak baca Qur'an.
rasa malas nak zikir.
rasa malas nak solat sunat.
rasa malas nak buat baik.

semua kemalasan ni tadi memang wujud untuk melemahkan semangat kita, nak taknak memang kene paksa untuk buat amalan tu. yerlah, mana ada bende baik yang syok nak buat melainkan kita mula paksa diri dan kita akan mula rasa nikmat tu nanti, perlahan-lahan.

pernah ustaz aku pesan,
"tanda hati bermasalah ada dua,

1.hati sakit. yang ini adalah bila hati kita syok buat maksiat tapi masih  taubat lagi.

2.hati mati. haaa yang ni, hati memang dah syok buat maksiat, takpikir dah nak taubat."

jadi, hati kita yang mana satu?

semasa tadabbur qur'an dengan kawan-kawan, Allah ada kata, (mafhumnya),
"kalau sebelum ni kau jahat, buat jahat, dan lepas tu nak berubah jadi baik, buat baik, jadi beriman dan bertaubat, nescaya Allah akan gantikan kejahatan tu dengan kebaikan tadi."

kan best macamtu? jadi bila lagi nak mula kalau bukan sekarang.

aku ada langgan Muslim Productive, bagus website ni, bagi kita kata-kata semangat untuk teruskan ibadah bila-bila masa, dan dimana-mana. jadi, kat sini, aku nak kongsi satu tips yang Muslim Productive ni ada kongsi,

kita akan rasa penat dan puasa je sampai habis Ramadhan ni tanpa ambil betul-betul momentum dia, jadi merugilah diri kita kan. makanya, Muslim Productive kata, kalau korang rasa malas dah nak buat, dan nak ikut je arus Ramadhan sampai, itu sangat rugi sebab kita akan menyesal pada 30 Ramadhan, dan malam raya nanti.

kita akan kata,"kenapa aku tak banyak buat amal baik dulu masa dalam bulan Ramadhan.?"

jadi, sebelum terlambat dan sementara kita masih dalam bulan mulia ini, Muslim Productive mencadangkan untuk kita MULAKAN LANGKAH.

rasa malas nak mengaji? pegi amik Qur'an dan baca.
rasa malas nak solat sunat? pegi berwudhu' dan solat.
rasa malas nak buat baik? cari kat mana boleh buat macam sedekah rumah anak yatim ke dan bagi sedekah.

hanya kita, kita yang perlu memulakan langkah.

inshaAllah itu sedikit perkongsian yang aku boleh bagi. JADI, SELAMAT MEMULAKAN LANGKAH DAN SELAMAT BERIBADAH.



"Kalau aku tidak buat perubahan bermula hari ini, aku hanya menipu diri aku sendiri dengan memikirkan aku akan buat pada esok hari." 

(Ustaz Nouman Ali Khan)
astagfirullah 
Wassalam

p/s: ni link Muslim Productive http://productivemuslim.com/ enjoi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya