terima kasih.

Image result for thank you various languages



Pengalaman bersama.
Kenangan pahit manis.

Semua aku pahatkan dalam ingatan yang kecil ini. 
Banyak yang aku pelajari dari dirimu.
Banyak yang dirimu ajari aku. 

Tanpa perjumpaan yang ditentukan Allah Azza Wa Jal ini,
mana mungkin aku mengenali dirimu. 
mana mungkin ilmu-ilmu persuratan yang lebih lengkap dapat aku pelajari.
mana mungkin cara-cara bertenang menghadapi orang pelbagai perangai dapat aku ketahui. 

sungguh, hikmah Allah temukan dirimu dengan aku. 
Pada mulanya, aku bertemu denganmu, 
aku katakan susah dan payah kerana dirimu ada cara tersendiri untuk membuat suatu perkara.
lelah dan lemah juga untuk aku memahami caramu. 
namun, Allah permudahkan semuanya untuk aku belajar dan memahami sikit demi sikit, 
akan makna mengenalimu. 

terima kasih untuk pengajaran satu sesi. 
pengajaran untuk bersabar,
untuk menjadi tenang,
untuk menegur dengan berhemah,
untuk tetap pada pendirian,
untuk terus berusaha hingga akhir.
untuk buat kerja dengan bersungguh-sungguh (walaupun selalu aku kecundang. haha)
untuk sentiasa ikut dateline (yang ni pun aku selalu kecundang)
dan untuk banyak lagi yang pelajari. 

antara yang aku ingat dirimu kata, 

"akak cakap apa yang betul. bekerja kena ada berkat. kalau bekerja tak berkat, habislah rezeki semuanya akan terkena kesannya."

tepat sekali dan menusuk jantung aku. hoho. 

terima kasih untuk semuanya, 
minta maaf untuk semuanya juga. 
terlalu banyak perangai hodoh aku yang aku tunjukkan dan memeningkan kepalamu tapi dirimu layan saja kerenah aku, 
minta maaf sekali lagi dan terima kasih. 

semoga Allah permudahkan urusan dirimu di KMR nanti dan seterusnya.. 
semoga Allah kekal limpahruahkan rahmat-Nya ke atas mu
dan memasukkan dirimu ke dalam kalangan orang soleh.

sungguh besar hikmah Allah temukan aku dan dirimu.

ada masa inshaAllah aku akan bertemu denganmu lagi untuk aku sambung menuntut ilmu.

sedikit coretan untuk Kak Yati yang bakal mantan s/u Prof Roslan bermula 15hb Feb 2017 ini.
kak, jangan semak susunan dan tatabahasa ayat tau sebab saya tahu memang hancur punya,haha

astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya