Selasa, Januari 23, 2018

Sedikit gambaran kiamat

Image result for gempa bumi


Assalamualaikum.

Kiamat. bila tiba waktunya, ibu takkisah pada anak, anak takkisah pada ibu, suami tak ingat pada isteri. semua hanya ingin menjada kepentingan sendiri. yang penting jiwa selamat. 

aku bawakan dua kisah yang pada aku ada iktibar besar boleh kita ambil.

Pertama, satu kisah yang aku kira lucu tapi boleh diambil iktibar.

Diceritakan oleh pensyarah lelaki aku, 

"Masa saya muda dulu, saya pergi dating di Pavillion. masa tengah jalan-jalan tu, dengar satu bunyi letupan bom. saya pun apalagi, lari lah dulu. jauh jugak saya lari. tiba-tiba saya berhenti, dan saya baru teringat saya dah tertinggalkan awek saya. 

bila saya pergi semula ke tempat tadi, awek saya masih di situ. dia marah saya sebab tinggalkan dia seorang diri kat situ dalam ketakutan (yerlah, kan bunyi bom). 

lepastu, terus awek saya minta putus, sampai situ saja lah kisah saya. dan saya tak dating dah lepastu."

Kedua, satu kisah yang diceritakan oleh ustaz dalam kuliahnya,

"ada seorang lelaki, bercerita pada saya, 

ustaz, ustaz nak tahu tak, haritu rumah saya rasa bergegar kuat, saya duduk rumah pangsa, jadi rasa gegaran tu hebat. saya tak fikir apa dah, saya turun lari ke bawah selamatkan diri. 

bila dah tiba di bawah, baru saya perasan, isteri dengan anak-anak saya masih dalam rumah pangsa. Ya Allah ustaz, ini baru gegaran gempa bumi, belum kiamat betul-betul lagi."

apa iktibar dari kedua-dua cerita ini tadi?

bila dalam kecemasan, aku dan kau fikir nak selamatkan diri. tanpa hiraukan orang, lari dulu, yang penting diri selamat. 

begitulah gambaran bagaimana orang ramai nak selamatkan diri di saat tiupan sangkakala berlaku. Allahu. 

semoga kau dan aku dijauhkan dari kedahsyatan kiamat, allahumma aamiin. 

kenangan #A
semoga kita bukan dari golongan yang Allah hidupkan di saat kiamat berlaku.
astaghfirullah
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D