Kehidupan dan hamba



Image result for kehidupan


Assalamualaikum.

Kehidupan. Kompleks kan? bukan ingin merungut, hanya mengambil iktibar.

Kehidupan berkisar kepada kelahiran, tumbesaran, kebahagiaan, kesusahan, akhirnya mati.

sebagai contoh,

Pada bulan 6 tahun 2016,

KELAHIRAN;
anak buah aku yang keempat dilahirkan.

KEBAHAGIAAN;
kakak saudara aku bertunang.
anak kepada Tuan Guru Haji Rifaie berkahwin.

KESUSAHAN;
menyediakan perkara-perkara untuk Kem Leadtra Kolej 17 (hahaha, tetibe!)

KEMATIAN;
Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh bin Musa meninggal (Alfatihah)

lihat, hanya berkisar pada kesemua ini sahaja yang sememangnya akan terus terjadi hingga akhir detik waktu yang Allah tetapkan. Pasti!

tapi, apa yang menjadikan kehidupan ini bermakna?

pastinya, amal ibadat yang diredhai. kehidupan yang berkualiti. amal baik yang dibuat tiada henti; ikhlas.... (kau senaraikan sendiri selebihnya.. harhar)

lalu, bagaimana untuk menjadikannya bermakna?

memahami erti kehidupan ini, iaitu HAMBA.

Hamba.  ujiannya cukup tinggi tapi martabat paling tinggi. Allahu.

Fahami erti hamba.

bagaimana untuk menjadikan setiap perkara yang aku dan kau buat menunjukkan kehambaan. ini cadangan dari aku sahaja;

1) Niat

ini paling penting. serius. kalau aku dan kau takjaga niat, punahlah semua. Allah tahu apa yang ada dalam hati. jadi, hati-hati.

2) Ilmu

aku dan kau nak jadi hamba, tapi nak buat cara sendiri. tak ke kelakar tu? nak masuk syurga Allah, tapi buat perangai sendiri, boleh tanya diri balik, betul ke aku ni serius.

semalam ceramah dari seorang ustaz, katanya;

"berdoalah kerana dengan doa dapat mengubah taqdir. sekiranya berdoa sedikit, lalu dimana kesungguhan yang sebenarnya nak ditunjukkan pada Allah?

doa banyak-banyak ni macam kau ketuk pintu, kalau banyak-banyak kali ketuk, mesti akan dibuka jua."

benar yang amat. tapi kau dan aku malas berdoa. ye dok? hurm...

3) Amal

huish. cakap senanglah. nak buatnya... ya Allah, payahnyaaaaaa... ajak orang buat baik, tapi diri sendiri nak buat baik tu, punyalah berperang dengan diri sendiri. sebab itu, beruntung bagi yang amal banyak walau ilmu sikit (yang penting beramal biar dengan ilmu, jangan jadi ahli ibadat/pengamal tanpa ilmu, senang syaitonirrojim nak kacau)

3 perkara di atas, aku dan kau jaga baik-baik, inshaAllah perlahan-lahan akan nampak nikmat hamba itu. Allahumaa aamin.

tapi payah sebenarnya.


hakikat kehambaan ni susah nak dimaknai. aku dan kau doa banyak-banyak pada Allah, semoga Dia tunjuk jalan.
astaghfirullah
wassalam











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya