Ahad, Januari 28, 2018

DUIT

Image result for usaha


Assalamualaikum.

D.U.I.T

pernah dengar ungkapan ini terutamanya untuk mereka yang selalu ke kem motivasi? inilah dia,

D=Doa
U=Usaha
I=Ikhtiar / Istiqomah
T=Tawakkal

DUIT ini amat terkenal di kalangan pelajar tapi apakah selain pelajar tidak perlukan kuasa DUIT ini?

contoh (1), menjawab peperiksaan/ujian sebagai seorang pelajar. seringkali diingatkan untuk merapatkan hubungan dengan Allah sebab doa adalah senjata paling ampuh. tapi kerapkali, ramai yang lupa hakikat ini untuk berdoa sentiasa. hanya berdoa bila perlu.

contoh (2), institut sukan. berlatih bersungguh-sungguh, pagi-petang-malam. tapi, dimanakah bahagian usaha dari segi rohaninya, iaitu Solat (lagi-lagi solat hajat)?

nampak mudah benda ini, tapi taksemua orang mampu buat. alhasilnya, ramai yang merasakan kejayaan adalah hasil dari usaha keras diri sendiri. betulkan?

contoh (3), politik. sebaik mana satu-satu parti itu, tapi sekiranya  munajat kepada Allah tak dilaksanakan sebagai salah satu usaha rohani (sebab usaha fizikal ; mencula, manifesto, penerangan.. jentera politik akan buat bila tiba masanya), maka akan wujud dalam keadaan tidak sedar perasaan BONGKAK dan SOMBONG. ini serius. pengalaman sendiri, depan mata. harhar!



memang benar, Allah lihat usaha, tapi bukankah berdoa dan munajat pada Allah juga satu usaha untuk mendapat kemenangan?

kalau takde keyakinan akan kuasa doa, andai kalah teruk, akan merana dan menyalahkan Allah. ini yang paling digeruni sebab akan berlaku syirik kecil secara tidak langsung.

sesungguhnya, untuk kerap kali berdoa itu, adalah pimpinan dan tuntutan Allah pada hati-hati aku dan kau. maka, sentiasa selitkan dalam doa supaya Allah sentiasa pegang hati ini. aamiin.


pohonlah doa pada Allah sebab ianya usaha juga.
setakat tawakkal tanpa doa, tak memadai sebab aku dan kau bukanlah orang hebat/wali/Baginda yang Allah dengar sentiasa permintaan hati itu sebab hati aku dan kau kotor sangat.
astaghfirullah
wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D