PRU14

Image result for pru malaysia




Assalamualaikum. 

5 tahun telah berlalu, parlimen telah bubar untuk memberi laluan kepada pru-14 yang mana akan buang undi pada 9/5/2018 (rabu)

tarikh membuang undi yang penuh konflik selepas pengumumannya. hahaha. hadoilah.

pru-14 kalini akan ada tiga blok iaitu BN, PH dan PAS. 

setiap blok ada manifesto masing-masing. silalah baca, dengar video yang ada dan buatlah penilaian terbaik. kau ingat satu je, 'aku mengundi ni, ada sahamnya dari setiap pilihan aku buat."

nilai dan fahamkan. abaikan setiap provokasi sebab biasalah provokasi ni nampak macam menarik tapi lebih banyak mainkan emosi sebenarnya. dan emosi takkan membawa kebaikan langsung malah mungkin memburukkan lagi.

aku taknak ulas manifesto setiap blok sebab aku tak reti nak ulas panjang-panjang. hahaha. cuma aku nak ingatkan je, pergilah mengundi ya kawan-kawan, makcik pakcik, atuk nenek. sekarang ni hak dah ada, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak mengundi, kalau tak laksanakan hak, JANGAN membebel bila berlaku sebarang ketidakadilan selepas hari mengundi nanti sebab kau tak buat hak kau. 

kepada yang masih belum daftar mengundi (walaupun umur dah boleh mengundi), kau doakan jelah untuk KEBENARAN menang. nak marah kau tak daftar mengundi tak boleh, hahahaha. jadi, aku minta doa je lah. 

Doalah supaya,
KEBENARAN MENANG!
KEBAIKAN MENANG!
ISLAM MENANG!

memang betul negara sekarang ni dah macam kucar-kacir tapi kalau kau setakat membebel lepastu bila mengundi, tak buat undian betul-betul, kau jugak yang rugi. 

aku bagi sikit tips hari membung undi, 
sebelum pergi buang undi, buat SOLAT HAJAT, SOLAT TAUBAT, DOA minta Allah tunjukkan yang benar. kalau Allah taknak tunjukkan yang benar, kau takkan nampak jugak. 

buat dari sekarang lagi elok, biar hati tu suci bersih dan lagi senang kebenaran nak masuk. 

semoga baik semuanya, 
selamat membuang undi. 

sekian bebelan pru-14
nanti aku buat post pasal mencula pulak (kalau rajin, haha)
Allah yang pegang hati manusia, kau doa Allah tunjukkan yang benar untuk kau dan semua yang lain
#Budaya Politik Matang dan Sejahtera
#Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051
Astaghafirullah
Wassalam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya