Perjuangan itu jauh.


Semangat itu mengalir dalam diri aku. Mengalir menerusi nadiku yang satu. Aku semakin hari semakin bersemangat untuk membantu anak bangsa tanpa henti dan tanpa lelah. Aku setia menemani sahabat-sahabatku untuk terus setia dengan kerja mereka.

Aku menyedari tugas aku, mengetahui tanggungjawab aku dan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin kerana matlamat hidup aku hanyalah satu, berjuang hingga ke titisan akhir.

Pernah suatu ketika, sedang aku bersama sahabatku, tiba-tiba sahaja air mata basah mengalir dari sahabatku. Bila dilihat, aku tahu bahawa dia bersedih dengan anak didikannya. Aku mengalirkan semangatku kepadanya, lalu dia terus dan terus bersemangat untuk menghabiskan kerjanya demi maruah dan masa depan negara. Seronok diriku ini bersama dengannya. Tidak ada yang dapat mengganti kebahagiaanku ini kerana aku dan sahabatku ini telah bersama sekian lama melihat kejayaan anak bangsa.

Walaubagaimanapun,setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semangat aku kian hilang walaupun aku terus diberi kekuatan oleh sahabatku. Aku semakin kronik. Mataku kian kabur. Badanku sudah rapuh. Tiada lagi dapat untuk terus memberi semangat pada dia, sahabatku.

Namun demikian, keakraban kami membuatkan dia untuk tidak mengenepikan aku tetapi aku disemadikan dengan baik di dalam kotak yang cantik dan selesa, dan di dalam almari. Sesungguhnya, akulah sebatang pen merah basah yang bersamanya, seorang guru tua di hulu kampung itu.


Cubaan menulis semula.

alhamdulillah. 

Salam Ramadhan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya