Rumah aku dan kau, wahai Muslimin dan Muslimat.

"Marilah kita berjemaah di surau kita, sebab pahala berjemaah itu 27 kali ganda berbanding dengan solat secara bersendirian." ustaz berkata.

aku ingat lagi pesan ustaz walaupun dah lama dah sebenarnya ceramah ustaz  tentang solat jemaah. majlis ceramah yang dibuat itu adalah di rumah aku.

Tentang rumah aku, aku suka orang datang rumah aku sebab kehadiran orang ramai ke dalam rumah aku adalah rahmat daripada mereka. Aku dan sahabat-sahabat seramai 5 orang bersama-sama menjaga rumah ini sebab orang akan datang rumah aku setiap hari, mereka takkan pernah jemu nak datang sebab diorang suka ziarah rumah aku ni, alhamdulillah besar dan selesa.

Orang ramai suka nak guna rumah aku ni untuk tempat berkumpul, bermesyuarat, buat majlis sebab rumah aku ni luas ruangnya dan fleksibel. aku dan sahabat-sahabat aku yang 5 orang tu, yang bersama-sama menjaga kebersihan rumah aku ni.

Rumah aku sentiasa ada pengunjung tetap untuk mereka membuat majlis ataupun pertemuan. tapi setiap tahun, mesti ada 3 masa yang bermusim yang mana tiba-tiba ramai orang datang ziarah rumah aku sampaikan rumah aku yang luas itu pun jadi sempit dan kadang-kadang panas. 3 waktu itu adalah Ramadhan (minggu pertama selalunya. eh.), solat raya eidul fitri dan solat raya eidul adha. kesesakan yang datang pada waktu-waktu tersebut, ya Allah, hanya Allah saja yang faham. lalu, aku dan 5 sahabat-sahabat aku bercadang untuk buat naik taraf rumah aku tapi ada yang bantah sebab katanya hanya ramai pada 3 waktu tersebut je, jadi hanya tambah khemah dan tikar untuk tampung kehadiran mereka. yang lain pula kata, tak manislah begitu. setelah sekian lama berbincang, maka kata sepakat dicapai untuk naik taraf untuk menampung kehadiran orang ramai, selain itu juga, keadaan rumah aku sedikit usang kerana, kayu tiang sudah makan dek anai-anai dan siling sudah bocor.

setelah siap dinaik taraf, bilangan yang ramai hadir pada 3 waktu tersebut telah dapat ditampung namun ianya sunyi sangat bila hari-hari biasa. kalau ada majlis dan keraian baru meriah. aku jadi sedih sedikit. aku dipujuk oleh sahabat-sahabat aku dengan cara mereka memanggil penceramah terkemuka untuk memberi ceramah sekali-sekala tapi begitu juga keadaanya. hanya bila ada orang kenamaan, penceramah terkemuka, ada majlis sambutan dan keraian barulah ramai yang datang ziarah rumah aku dan meriahkannya dari suasana sunyi. namun masih juga, orang ramai nak datang ke rumah aku memerlukan sebab (seperti majlis keraian), sedangkan bilangan maksima untuk mereka datang ziarah rumah aku hanyalah 5 kali. 

oleh yang demikian, aku menyerahkan hati-hati manusia kepada Allah untuk menggerakkan hati mereka supaya datang menziarahi rumah aku ini. tidaklah terlalu besar tapi alhamdulilah luas dan selesa dengan izin-Nya. juga sentiasa dipenuhi dengan ceramah mingguan. aku mengharapkan kehadiran orang ramai ke rumah aku untuk berkumpul sebagaimana di zaman Baginda Nabi SAW berkumpul bersama sahabat-sahabatnya di masjid kerana rumah yang aku sayang itu adalah sebuah surau di taman perumahan aku.

hadirlah ke surau/masjid untuk solat berjemaah untuk solat-solat fardhu yang 5 itu agar mendapat pahala berganda selain daripada mendapat berkat dan rahmat dari Allah dan doa dari para malaikat. tambahan pula, menghadirkan diri ke surau/masjid menjadikan kita lebih mengenali ramai orang di taman perumahan dan meluaskan jaringan (networking) sahabat.

Jom sama-sama ke surau atau masjid! :) 



astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya