Peringatan untuk diri sendiri terutamanya
sekadar peringatan semula kepada diri sendiri. "Penulisan adalah sesuatu yang pegun, tak bergerak dan tak hilang. ianya akan tersimpan rapi. Maka, menulislah. Bila orang nak baca, dia akan baca. dan bila dia nak baca semula penulisan itu, penulisan itu tetap ada kerana ia pegun." -Hilal Asyraf- "Taklif wa la tasyrif. Tanggungjawab bukan untuk dimuliakan." -Ust Yasir Ramlee- "Kita bukan memberi sokongan sebab kita satu kumpulan tapi kita menjadi satu kumpulan kerana kita saling memberi sokongan," -Kuroko no basket- pesanan ini aku dapat masa aku kat sekolah menengah dulu. yang Hilal Asyraf tu dapat masa aku pergi bengkel penulisan, bagaimana nak menulis. yang kedua tu, dapat masa kursus kepimpinan pengawas. kedua-duanya memberi satu gambaran besar pada aku yang hidup ni terlalu besar dan berat amanahnya, tapi bila terlupa pesanan ni, mulalah kecundang. tak mudah nak menjadi penulis sebab lain ayat yang nak disampai...