ISTIQAMAH SEPERTI RUMPUT

assalamualaikum...

"BUKAN SOAL APA YANG DILIHAT TETAPI BAGAIMANA KITA MELIHATNYA"


disini, ingin saya berkongsi sesuatu dengan kalian, iaitu ISTIQAMAH SEPERTI RUMPUT. (diambil daripada buku PAHROL MOHD JUOI, NOTA FIKIR untuk ZIKIR)

ceritanya begini,
rumput sejenis tumbuhan yang paling mudah tumbuh, tahan lasak dan senang dipandang mata. warnyanya yang hijau memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yag melihatnya. rumput tidak berbuah, tidak menghasilkan bunga yang berwarna-warni, tetapi manusia tetap menanamnya.
kenapa? apakah keistimewaan rumput?
rumput memberi kekuatan kepada tanah... akarnya mencengkam dan menghalang air daripada menembusi tanah dengan muda. ia menghalang hakisan tanah. sebab itu rumput ditanam di lereng-lereng cerun dan curam. gunanya bagi menahan hakisan tanah atau runtuhan.
oh, hebat! walaupun tanah dan batu sufatnya keras, rupa-rupanya rumput yang lembut yang menahan tanah daripada runtuh, bukan pokok bunga ros yang berbunga dengan cantik atau poko pisang yan menghasilkan buah. hakikat ini mengajar kita satu perkara - jangan berasa hina diri. walaupun kita tak mempunyai rupa yang cantik, harta yang banyak atau kecerdasanyang tinggi, kita masih boleh berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan agama melalui keistimewaan yang kita miliki.
ingat, ALLAH mencipta manusia dengan'keunikan' masing-masing. setiap orang ada keistimewaanya tersendiri, kenali apakah keistimewaan kita dan pertingkatkan lagi . jadilah seperti rumput, walaupun tak berbuah, ia mampu menahan hakisan tanah.
LEMBUT TAPI KUAT.
seperkara lagi, walaupun dipijak berulang kali, rumput masih mampu bertahan. lembut memang lembut, tapi kerana kelembutan itulah rumput tidak patah apabila dipijak. ia melentur apabila dihenyak tapi kemudiannya kembali ke bentuk asal. bayangkan jika rumput 'berkeras', pasti patah dan musnah.jadi, kelembutan pada rumput sebenarnya adalah satu kekuatan bukan satu kelemahan. kita pun begitulah. jangan terlalu berkeras atau sukar bertolak-ansur. kita boleh tegas tapi bukan berkeras.ada orang suka berkeras tapi tidak tegas dan tidak mustahil ada yang lembut tapi tegas.
Islam menganjurkan kita menjadi orang yang lemah-lembut tapi pada masa yang sama juga tegas. ingatlah bahawa sikap lemah-lembut bukan bererti lemah malah itu sebenarnya satu kekuatan. lihat bagaimana peribadi Rasulullah. baginda begitu lemah lembut tapi pada masa yang sama amat tegas. ketika berdakwah misalnya, Nabi Muhammad pernah dilempar dengan kotoran, dituduh gila,diugut bunuh. baginda tidak melawan, tetapi perjuangannya tetap diteruskan. itulah ketegasan Rasulullah.
rumput juga tidak pernah tumbuh bersendirian. sekali tumbuh mesti bersama-sama yang lain,tompok demi tompok sehingga memenuhi satu padang,lurah atau lembah. sehari demi sehari dan akhirnya tanpa disedari, seluruh kawasan telah dilitupinya. itulah rahsia rumput yang hidupnya sentiasa berjemaah dan istiqamah.
kita juga mesti hidup bersatu padu dalam sebuah keluarga,organisasidan masyarakat. itulah hidup berjemaah namanya. menerusi kesatuan, setiap orang dapat membangunkan aktiviti kebaikan dan kebajikan. tak mengapa sekiranya aktiviti itu kecil, asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah.
jadilah seperti rumput, dengan hidup berjemaah dan bersikap istiqamah, banyak kebaikan yang dapat dibuat. musuh pun tidak dapat menggugat.
ya, rumput selalu dipijak, tetapi ia tidak hina. ia selalu dibawah, tetapi bukan lemah. sekalipun lemah lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut.

ambillah apa yang baik dan iktibar daripada kisah rumput ini..


astaghfirullah, wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya