YAKIN!!!

assalamualaikum..
keyakinan,, suatu perkara yang penting. kenapa ya??kerana, hanya dengan keyakinan, suatu transformasi akan berlaku.bukan transformasi yang hanya sekejap, bukan..tapi yang berkekalan dan berpanjangan hingga akhirat. Insya-ALLAH..
seorang ustaz di surau saya pernah menyatakan,
: " kenapa ayat-ayat al-quran kebanyakannya,

{..INNAL-LADZINA AAMANU WA A'MILUSSHOLIHAAT..}
...sesungguhnya orang-orang yang beriman dan yang melakukan amal soleh...

kenapa perlu diapitkan bersama??? pernah tak kita terfikir?? ini adalah kerana ALLAH nak kata hanya yang beriman akan melakukan amal soleh.."

lebih kurang gitulah ayat ustaz tu, tapi yang pentingnya, adakah anda nampak apakah kaitannya antara orang beriman dan yang melakukan amal soleh..meh sini, saya beritahu...ustaz tu dia huraikan macam ni,orang yang beriman adalah orang yang percaya,dia percaya yang dia akan dapat ganjaran pada hari akhirat..
dia yakin secara sepenuhnya,maka, dia melaksanakan amal soleh.untuk mendapatkan ganjaran itu,analoginya begini,kenapa orang yang bekerja akan bekerja secara bertungkus lumus???ini adalah kerana dia percaya akan ganjaran yang bakal dia terima, iaitu gaji, elaun dan bonus... dan mungkin juga setelah bagus kerjanya, dia akan dinaikkan pangkat... hanyalah atas sebab, PERCAYA-BERJAYA (kata saiful islam).. apa yang dapat dirumuskan dan menjadi sebuah rumusan terhadap kata-kata ustaz itu ialah,

YAKIN = BERAMAL
(mudahkan formulanya?)

bagaimana pula kita???
adakah kuat kepercayaan kita dengan janji2 ALLAH SWT. ya, saya akui, keyakinan saya juga masih songsang... masih dalam proses muhasabah... sama-samalah kita menggenggam janji-janji ALLAH dengan keyakinan yang tinggi bukan hanya sekadar taqlid... saya amat tidak suka akan taqlid tapi adakalanya saya pun melakukan begitu... bantulah saya dalam melakukan yang terbaik... bantulah saya dalam pembelajaran samada di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian kerana kekadang saya pun kurang akan KEYAKINAN bahawa saya akan berjaya, makanya saya kuranglah AMALNYA / TINDAKANNYA...

saya amat terkesan dengan kisah orang-orang dulu..
kisahnya berbunyi begini,
ada seorang anak murid kepada seorang tuan guru, anak muridnya pasti tidur setiap kali kelas, tapi pada suatu hari, tuan gurunya menyatakan ilmu untuk berjalan di atas air, dia yang tidur tadi terus tersedar lalu mempelajari ilmu itu.. makanya, dia pun pergi ke sungai dan mencuba ilmunya itu, lalu dia berjaya.. tidakkah pelik??? ilmu berjalan di atas sungai??? memang memerlukan keyakinan yang memang betul-betul tinggi, barulah boleh berjaya... dan, ya... anak murid yang tidur ini tadi telah meyakini ilmu itu dan.. dia berjaya melakukannya,, semuanya kerana PERCAYA-BERJAYA...

semoga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan melakukan amal soleh hanya untuk ALLAH SWT, percaya dan bekerja, belajar secara bertungkus lumus... tanpa henti, ya, tanpa henti... PERCAYALAH!!! ALLAH MENYAKSIKAN APA-APA YANG KITA LAKUKAN, JANGAN SEDIH KERANA ALLAH TAHU HATI HAMBA-HAMBANYA..

astaghfirullah, wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya