takde ketamadunan???

salam... lama sudah ya, saya tak meng-'update' blog...


-ketamadunan-
*gambar hiasan*

terus kepada tajuk.. haa... takde ketamadunan??? maaf, jika bahasa kasar. sebelum apa-apa, mari kita teliti apakah maksud tamadun daripada pandangan barat dan ISLAM.

Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

Maksud tamadun dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan – penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja

Manakala maksud tamadun dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.





apa yang tertera adalah apa yang saya belajar subjek sejarah tingkatan 4... jadi, kalau tengok apa yang pendapat orang barat kata?? tamadun ialah berkenaan material. ya, itu lah mereka dapat hari ni. 






orang islam pula kata apa? pembangunan lahiriah dan rohaniah juga tahap tatasusila yang tinggi... zaman Nabi Muhammad SAW dulu dapat lah pembangunan ni secara sekali gus, masa zaman kegemilangan ISLAM dulu sebab apa? semua mereka berpegang kepada dua, ALQURAN dan ALHADITH.. kan???


disini saya nak spesifikkan setakat negara MALAYSIA saja. jika kita ikut apa yang sejarawan ISLAM kata tentang tamadun, memang boleh dikatakan negara tercinta ini sudah makin pupus ketamadunannya. apa contohnya??? yang paling ketara ialah INDUSTRI PER'KAPEL'AN yang berleluasa yang membawa kepada ZINA seterusnya PEMBUANGAN BAYI. hmm... memang kesian lah kat baby2 tu... hilang nasab keturunan, habis kucar-kacir sumer. 


yang paling ketara ialah masalah MENCARUT, MENCACI MAKI... hmm... kalau dah terkeluar daripada mulut memang susah nak berhenti. ada seorang ustaz ni ABDULLAH GYMNASTIAR (AA GYM), dia kata : 


"hati ni macam teko, apa yang ada di dalamnya, itulah yang keluar. kalau teh, keluarlah teh, kalau kopi keluarlah kopi. jadi, kalau hatinya ingat benda-benda kurang elok, keluarlah percakapannya yang tak elok. kalau hatinya ingat ALLAH dan RASUL, keluarlah percakapannya yang mengingati ALLAH dan membimbing orang sekelilingnya mengingati-NYA."


lagi apa??? kes rogol. fuh memang teruklah... ramainya yang dirogol bawah umur... baca link di bawah untuk lanjutan...


http://amenoworld.blogspot.com/2011/03/2005-2010-9575-kes-rogol-bawah-umur.html


jadi, apakah langkah kita??? setakat melihat saja? saya yakin, pastinya ramai yang ada tindakan yang ingin dilakukan cuma tidak kesampaian (ada juga yang dah terlaksana)...


sebagai rakyat sejati (?) kita perlulah bersama-sama membimbing diri dan rakan-rakan untuk mencari NUR ISLAM kembali dan supaya ketamadunan itu gemilang semula. bukan hanya pada material/lahiriah, juga rohaniah, spiritual dan minda. moga-moga dengan tarbiyah dzatiyah (didik diri) dapat menghasilkan baitul muslim (keluarga muslim yang benar-benar muslim) yang akhir-akhir-akhirnya akan membawa kepada ustaziyatul alam (dimana saat ini, semua orang akan menjadikan ISLAM sebagai rujukan pertama). 
insya-ALLAH.. ameen




akhir kalam, saya sertakan dengan hadis ini, moga mendapat manfaat,


عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ : وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ   عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ   وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
[رَوَاه داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث         :
Dari Abu Najih Al Irbadh bin Sariah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memberikan kami nasehat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Maka kami berkata : Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasehat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : “ Saya wasiatkan kalian untuk bertakwa kepada Allah ta’ala, tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Karena di antara kalian yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan.Hendaklah kalian berpegang teguh terhadap ajaranku dan ajaran Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk, gigitlah (genggamlah dengan kuat) dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari perkara yang diada-adakan, karena semua perkara bid’ah adalah sesat “
(Riwayat Abu Daud dan Turmuzi, dia berkata : hasan shahih)


kita lihat disini, bahawa yang perlu digenggam itu adalah ALQURAN dan ASSUNNAH supaya tidak kita bengkok dalam melalui jalan yang lurus menuju ILAHI. insya-ALLAH.


maaf jika post saya ni pendek saja, cuma ingin buka minda kita, apakah kita masih dalam tamadun anjuran ISLAM atau anjuran BARAT???


...astaghfirullah wassalam...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya