bicara hati...
assalamualaikum...
sebenarnya tajuk hari ni nak sambung sikit daripada tajuk CINTA haritu.. .saya bukanlah seorang yang hebat untuk menasihati anda yang membaca, cuma sebagai satu perkongsian bersama... boleh kita bertukar2 pendapat.
haritu, dalam kelas. subjek PSI (Pendidikan Syariah ISLAM) tentang bab perkahwinan. habis belajar, ada sesi soalan. kawan saya tanya, "ada ke couple islam?" cikgu pun bagi pendapat cikgu dan minta pendapat pelajar... cikgu pilih je sesape yang cikgu nak dan ada sorang budak lelaki ni, dia nak bagi pendapat, tapi dia rasa sukar, nak nangis tampaknya... apa yang saya ingat dia cakap,
"bila ternampak wajah orang tu , hati rasa tenang. "
saya terus terfikir, 'hati dia tenang? hati aku gelisah.'
ok, pusing2, tibalah masa pelajar perempuan, salah seorangnya sayalah tu. pendapat saya,
"setiap orang ada perasaan..... minta pada ALLAH, kawan-kawan, ustazah, ibu ayah, tolong kawal hati.... dengar lagu DOA SEORANG KEKASIH oleh IN-TEAM..... (ayat penuh tak ingat, maaf)"
saya ada tanya kawan saya, kalau dia ada perasaan, macamane dia handle. ok, dia kata,
"jerit nama orang tu kuat2, nyanyi lagu jiwang, layan perasaan sampai tertido...."
ok, disini, saya nak kata.. sebenarnya, kalau perasaan tu baru datang, memang susah nak kawal. lagi2 kalau orang tu satu sekolah.... satu kelas pulak tu. haaaa.... parah. tapi insya-ALLAH dengan hati yang kebal boleh di atasi, tinggal nak atau taknak layan je.. sebab apa? sebab masalah hati, tak boleh layan sangat. sebab kalau
sekali layan, memang akan terus-menerus nak layan. lagi-lagi pulak masalah hati ni nampak indah bila dilayan. memang ada yang boleh nak berhenti bila tengah syok layan tapi itu jarang sekali berlaku. JADI, DARI SEKARANG TAK PERLULAH LAYAN.
contoh melayan ialah mendengar lagu jiwang, kadang2 takpelah jugak. ni dengar setiap masa. takpun kerap sangat... memang berbunga2lah hati tu... dah berbunga, mulalah nak fikir, angau pasal orang yang berkenaan, kan diri jugak yang susah..???
love with ALLAH is THE ONLY LOVE THAT WILL NEVER FAIL... |
CINTA ALLAH ITU YANG PERTAMA PERLU DICARI. insya-ALLAH semai elok2, nanti datanglah cinta2 lain... bukan setakat tu, malah mendapat mawaddah wa rahmah. sebab bila kita cari akhirat, dunia pulak akan kejar kita...
dalam hal2 ni, ALLAH berfirman,
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......."
(Al-Baqarah, 2:286)
sesungguhnya, ALLAH tidak akan bersifat zalim dan itu bukanlah sifat ALLAH. sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH agar setiap apa yang kita lalui adalah dengan ikhlas dan tenang. ameen.
astagfirullah, wassalam. wallahu'alam.......
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D