HARI KASIH SAYANG SEDUNIA ITU ADAKAH MILIK 14 FEB SHJ?

assalamualaikum... lama dah saya tak post...  berhabuk dah blog ni. ok, terus kepada tajuk, hari ni, saya nak cerita tentang MAULIDURRASUL...




kenapa hari kasih sayang sedunia? sebab, Rasulullah, mengajarkan kita kasih sayang. dan lagi satu, kan ni bulan dua dan ada valentine's day. maka untuk menggantikan hari yg tersebut, kita menjadikan kelahiran nabi ini sebagai hari kasih sayang kerana dengan lahirnya baginda, kasih sayang itukan mula berputik semula setelah lamanya masyarakat arab dalam jahiliyyah.

hajat saya sebenarnya nak berkongsi dengan anda yang membaca satu benda ni...

haritu, (ahad /5 feb 2012) saya pergi ke kuliah dhuha, di surau Al-Huda (surau taman saya). tazkirah disampaikan oleh ustazah Suraya Mohamad.ustz ni membawa satu ayat al-quran, (saya pun tak pasti ayat berapa, jika anda yg membaca, tahu ayat mana, maklumkan, jazakillah)... ayatnya ialah:

"sesungguhnya ALLAH dan para malaikatjuga berselawat ke atas NABI SAW, wahai orang2 yg beriman, berselawatlah ke atasnya (NABI SAW) dan ucapkanlah salam sesejahteranya" ~mafhumnya~

syarah ustazah:::
lihat kepada ayat  diatas, TIDAK MALUKAH KITA? SATU PERSOALAN KEPADA ANDA DAN SAYA. kenapa? sebab ALLAH dan para malaikat telah mendahului kita utk berselawat kepada  baginda sedangkan kita? teramat susah utk ucapkan selawat, TERAMAT SUSAH. saya juga mengakuinya..... T_T. daripada ayat diatas, ayuhlah kita TIRU ALLAH DAN PARA MALAIKAT UTK BERSELAWAT KEPADA BAGINDA. kerana MEREKA seringkali dan senantiasa mengucapkan selawat, ayuh! jika benar kita beriman dan mencintai NABI MUHAMMAD SAW. ayuh! basahkan lidah dengan selawat.

seterusnya, kenapa disebut 'annabiy' dalam ayat di atas bukan nama baginda MUHAMMAD SAW terus seperti disebut dalam ayat2 yg lain"wahai musa...."? sebab NABI kita dihormati ALLAH SWT. memang begitupun kan di dunia, sekiranya orang itu dihormati maka dia akan disebut pangkat.. sesungguhnya untuk mendapat pangkat itu bukan senang, perlu melalui pelbagai rintangan, seperti contoh, untuk seorang perempuan mendapat pangkat ibu, perlunya dia mengandung dan melahirkan.... utk seseorang itu menjadi manager syarikat, perlunya dia menjadi assistant manager dulu kan??? kenapa 'annabiy' itu satu pangkat? sekiranya ayat diatas menyebut nama MUHAMMAD, maka semua yang bernama MUHAMMAD boleh mengaku yang ayat tersebut ditujukan utknya... sedangkan 'annabiy'; itu satu-satunya nama untuk BAGINDA, MUHAMMAD SAW.



oh, ya.. kenapa ALLAH begitu mengasihi nabi kita dan menghormatinya? sebab ALLAH ada bertanya kepada beberapa orang nabi,

"siapakah anda wahai Musa?"
"akulah kalamullah"

"siapakah anda wahai Ismail?"
"akulah dzabihullah (peristiwa disembelih)"

"siapakah anda wahai Ibrahim?"
"akulah khalilullah (teman ALLAH {buat baitullah})"

"siapakah anda wahai Isa?"
"akulah ruh ALLAH (ALLAh kan tiupkan ruh kedalam rahim maryam utk nabi isa)"

akhir sekali,
"siapakah anda wahai MUHAMMAD?"
inilah jawapan BAGINDA SAW
"AKULAH HAMBA ALLAH DAN UMMIY"
maka ALLAH berkata,
"ENGKAULAH KEKASIH ALLAH"

betapa merendah dirinya nabi kita, TAWADHU'. sebab itu ALLAH amat sayang padanya. oleh itu, kita perlu tawadhu juga utk meraih kasih ALLAH (dan sesungguhnya, tawadhu itu mencabar! serius ni saya kata...)

mengapakah RASULULLAH SAW DIUTUSKAN? sebab

sabda nabi : " AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

sedangkan nabi2 yg sebelum ni diutuskan utk menyampaikan syariat sahaja... dan ingat! untuk menyempurnakan akhlak manusia itu MEMERLUKAN HATI DAN PERASAAN. SEBAB KITA PERLU MENYENTUH DARI HATI KE HATI. (bukan senang....!!!) HANYA yang memiliki HATI DAN PERASAAN SAHAJA YANG MAMPU MENYENTUH HATI MANUSIA YANG LAINNYA..

satu kata2 :
'orang yang berilmu terhukum untuk menyempurnakan akhlak. orang yang berilmu yang tak amanah, itu bermaksud tak berakhlak.'

sebab, kita lihat, baginda SAW UMMIY (tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis) tapi BAGINDA berjaya menyentuh hati2 mereka yang disekitarnya. HEBAT BUKAN? kita yang sudah berilmu ini pun susah utk menyentuh hati mereka yang berada disekitar kita. MUHASABAH.....

persoalan utk diri kita,
ADAKAH SETIAP GERAK GERI KITA MENGINGATI NABI SAW? kerana sahabat membuktikannya, setiap apa yg mereka lakukan pasti di fikiran mereka akan terlintas tentang nabi. contohnya, seorang ibu yang menyayangi anaknya, dia PASTINYA akan mengingati anaknya dalam setiap gerak geri dia. misalnya, ibu itu pergi ke kedai, lepastu, terjumpa barang/makanan kegemaran anak dia, mesti dia terlintas dalam otak :"eh, ni kegemaran aisyah (contoh nama) ni." kan? kan? kan? itulah analoginya, JIKA BENAR CINTA KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, INSYA-ALLAH SENTIASA DI HATI... lagi contoh terdekat bagi diri kita yang remaja ni, kalau kita ada sayang seseorang, pastinya kita akan ingat dia kan? memang saya juga akui, hal ini(mencintai nabi) amat sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan seharian sebab susuk tubuh tidak kelihatan. tapi ada satu cara untuk kita mendalami kehidupan seharian BAGINDA, NABI MUHAMMAD SAW, baca dan hayati seerah baginda. banyakkan buku2 hari ni, daripada yang paling nipis kepada yang paling tebal , satu je, NAK ATAU TIDAK.

ingatan kita kepada baginda akan benar2 subur apabila ingatan itu berlandaskan kasih dan sayang, bukan paksaan. kadang2 kita tak sedar, kita kata kita sayang nabi, tapi kita hanya berselawat pada hari yang ada selawat sahaja, contoh perarakan maulidurrasul, tak salah perarakan itu malah amat bagus, tapi jangan berhenti takat tu je, latih lidah untuk sentiasa dan selalu ucapkan selawat, TIRU ALLAH DAN PARA MALAIKAT!

tak apa, kalau kita tak ingat baginda sebab masih ramai lagi yang ingat kat beliau. ingat! kat atas bumi ni ada berjuta2 orang, bukan kita je. tapi takkanlah kita nak ketinggalan dan taknak ke kita kat syafaat nabi masa kat akhirat nanti? hanya baginda penyelamat kita. kalau kita tak selawat kat baginda, takkanlah tetibe baginda nak ingat kita. nak cakap satu je, TAK MALU!!!!

apa yang penting daripada kisah hidup baginda nabi MUHAMMAD SAW ialah, baginda ni, TAWADHU' DAN AKHLAK YANG BAIK SERTA TINGGI. sebab tu semua yang disekitar baginda sayang sangat kat beliau... KITA???? sampai sini sahaja syarah ustazah tu yang saya dapat simpulkan... (tertampar juga saya beberapa kali bila ustazah tu syarah tentang baginda nabi saw...)

jom! kita menambah kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW dengan berselawat dan membaca sirah2 baginda... insya-ALLAH, pastikan dengan penuh kasih sayang dan bukan paksaan...

 ulama' kata,

"SESIAPA YANG SUKA AKAN SESUATU, MAKA DIA AKAN SENTIASA MENGINGATINYA."

SUBURKAN BULAN KASIH SAYANG INI DENGAN KECINTAAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, ABAIKAN VALENTINE'S DAY!!! HARI KASIH SAYANG YANG SEBENAR ADALAH KASIH AKAN BAGINDA...




*maaf jika post ini panjang.. dan maaf jika menghabiskan masa anda... semoga ada sedikit manfaat yg anda boleh ambil...maaf jika terkasar bahasa juga*
*ayuh muhasabah diri kita.. adakah benar kecintaan kita kepada baginda adalah benar2 kecintaan, bukan hanya meniti di bibir*

{post ni peringatan buat diri saya dan juga diri kamu yg lupa}

astaghfirullah, wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya