senyumlah...



assalamualaikum...

buatmu,

sahabatku, temanku, kawanku yang berada di luar sana... senyumlah... aku suka melihat kamu tersenyum dan riang gembira... kerana dengan senyumanmu, aku akan tersenyum juga disini... tidak mengapa kau tidak mengetahui senyumanku kerana yang penting senyumanmu *tanda kamu bahagia*...

maka, senyumlah selalu wahai teman... ^.^...

sesungguhnya aku gusar melihat kamu bersedih kerana hatiku akan tertanya, :"kenapa dengan dia ni? apa masalah dia?" tapi maafkan aku sekiranya aku tak dapat menolong kamu melainkan hanya berdoa daripada jauh... aku insan yang lemah

wahai kawan, ingatlah, ALLAH berfirman di dalam kalam-NYA,


"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

(Surah ar-Ra'd, ayat 28)  


ketahuilah, senyuman yang benar2 senyuman ialah senyuman yang apabila hatinya tenang dengan mengingati ALLAH kerana kadang2 tu senyuman ada rupa seperti dipaksa... oleh itu, ingatlah ALLAH, tidak kira di mana sahaja kamu berada seperti firman-NYA,

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring. “
(Surah Ali ‘Imran: 191)

apabila dalam hati ada ALLAH maka sinaran yang di dalam tu akan terpancar ke luar... insya-ALLAH, biiznillah...



maka dari itu, wahai sahabat yang ku sayangi, SENYUMLAH DENGAN BENAR2 SENYUMAN... kerana dengan senyumanmu itu, orang lain pun akan terasa senang dan sedikit sebanyak hati mereka juga akan terubat/terhibur... dengan syarat, SENYUMAN BUKAN KEPADA BERLAINAN JANTINA KERANA MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. 

sesungguhnya dengan satu senyuman yang manis lg ikhlas (insya-ALLAH), dpt merawat hati atau orng yg sedang sakit, walaupun prestasi utk baik itu lmbt tp ada peningkatan... kadang2, hal itu berlaku secara tidak sedar... buat kawan yg memberikan aku senyuman, maka aku mendoakan kamu agar bahagia disamping keluarga tercinta, sentiasa di bawah rahmat-NYA dan dibawah perlindungan-NYA, ameen...


ketahuilah, sesungguhnya NABI SAW bersabda, maksudnya...


"Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, 'Amin, dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu."
                                                                 Riwayat Muslim.

moga senyum mu menjadi penawar buat yang lain bukan   menjadi kesakitan buat yang lain...
sekadar post  untuk mengingatkan diri dan kamu agar sentiasa senyum (tapi bukan senyum sebarangan ^.^ )
astaghfirullah, wassalam.
    

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya