Sabtu, September 21, 2013

kene bayar nak gi kuliah agama? :O





assalamualaikum... :)

kuliah subuh, sabtu, 21/9/2013. oleh ustaz amin dari penang.


dalam beliau memberi kuliah tu, beliau ada cerita yg beliau ada bagi kuliah kat singapura. 


ustaz menceritakan yang UNTUK RAKYAT SINGAPURA NAK DATANG KULIAH AGAMA DI SINGAPURA BERBAYAR.


mula-mula aku dengar tu, "wow! kena bayar.."

ustaz cerita, kuliah beliau yang mula-mula di satu tempat macam dewan gitu. sesampainya beliau di depan dewan, beliau melihat ada orang yang pegang walkie talkie dan beritahu ,"kuat lagi ni, sampai luar boleh dengar suara lagi ni."

ustaz kata, beliau pelik dengan keadaan tu. pastu beliau tanya pada orang tu, katanya, "kat sini, takleh dengar suara yang menceritakan keagamaan. kena pastikan suara tu hanya di dalam ruang dewan je, takleh sampai luar dewan, termasuk orang yang lalu lalang pun takleh tau apa yang kita buat kat dalam dewan."

aku pun, "dahsyat!"

sambung ustaz lagi, "saya mulakan kuliah...


jam 9-11am. kuliah ni berbayar. cuba teka berapa bayaran? bayaran utk tiket masuk ialah 20 dolar. dalam ringgit malaysia tu mcm rm50."

sentak aku, "pergh! rm50 utk masuk dengar ceramah. kat sini percume jek."


ustaz kata, " pihak penganjur jual 5000 tiket, semua terjual!"


"kuliah seterusnya, kuliah pengurusan jenazah. harganya lebih mahal sebab ada tunjuk cara secara langsung. harga tiket ialah 50 dolar. kat sini macam rm120 lah." 


"dan sekali lagi, pihak penganjur jual 5000 tiket dan SEMUA TERJUAL!" 


Allahu robbi, mereka inginkan kuliah tapi perlu bayar.. sedangkan rakyat malaysia? T.T


ustaz cerita lagi, "ada sorang budak lelaki ni, dia kata pada saya,


"USTAZ BOLEH TAK MASA AYAH SAYA MENINGGAL NANTI, SAYA NAK BUAT MACAM USTAZ BUAT NI JUGAK?"


aku kata dalam hati, Allahu, berpandangan jauh betul budak ni."


ustaz kata, yang buat kuliah ni adalah persatuan wheelchair singapura, bukannya orang-orang normal macam kita. 


persatuan wheelchair ni apa? persatuan ni adalah persatuan orang kencing manis atau diabetes. ustaz kata die betis sebab betis dah takde, kene potong. haha, pun buliih~~~


sambung ustaz, "kat singapura orang berkejar-kejar untuk dapatkan kuliah, sedangkan kat malaysia  ni, kuliah percuma je, tak perlu bayar pun, tapi taknak pergi pastu siap memilih lagi."


"ustaz yang mengajar ilmu tu, penat je dia kutip ilmu sampai ke mana-mana, kita dengan mudahnya kata,


"USTAZ NI TAKBEST LAH, USTAZ NI BEST JUGAK, USTAZ NI TAK LAWAK..."


siapa kita untuk menghukum ustaz-ustaz yang mengajar?"


astaghfirullah T.T *ada orang tusuk hati*


ustaz kata lagi, "kita pergi kuliah bukan untuk apa-apa tapi hanya untuk ilmu. bilamana kita pergi bukan untuk ilmu, maka ramai yang takde perubahan. sebab tu ramai yang pergi kuliah, tapi balik tetap dendam. dah pergi kuliah, balik tetap hasad. pergi kuliah , balik tetap perangai sama je."


"kuliah yang dia hadir tu takde membawa apa-apa perubahan pada diri dia sebab nawaitu awal tu dah lari."


bila dah dengar semua tu, rasa macam, Allahu, betapa umat malaysia tidak menghargai yang memberi ilmu dan memilih bulu. 


jadi, JOM SAMA-SAMA TAJDID NIAT SETIAP KALI KE KULIAH ILMU. 


SEMOGA KITA MENJADI YANG SENTIASA MENCINTAI DAN MENUNTUT ILMU.  


kalau ada salah ke , tegur eh? semoga ALLAH merahmati dan memberkati.

tabarakallah, fi hifzillah. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D