ghaflah itu lalai. merawatnya?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
1. Carilah penawar hati dalam ilmu dan makrifat..kerana segala segala
kebaikan ada di dalamnya..maka hadirilah majlis-majlis ilmu untuk
mencari cahaya ketenangan dan petunjuk serta barakah yang ada di
dalamnya.
وعن معاوية رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: (من يرد الله به خيراً يفقهه في الدين
رواه البخاري
Daripada Mu'awiyah RH, daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda :
" Barangsiapa yang Allah mahu kebaikan pada dirinya maka Ia fahamkannya akan agamaNya ".
2. Berzikir mengingati Allah dalam semua waktu dan keadaan samaada dengan lidah mahu pun dengan hati.
فعن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه، أن النبي قال: مثل الذي يذكر ربه والذي لا يذكره مثل الحي والميت
Daripada Abu Musa Al Asy'ari RH bahawa Nabi SAW telah bersabda :
" Bandingan orang yang berzikir mengingati Tuhannya dengan orang yang
tidak berzikir seperti bandingan orang yang hidup dengan orang yang mati
".
3. Bersama dengan majlis-majlis zikir yang dapat mendekatkan ingatan hati pada Nya..
فعن أنس بن مالك رضي الله عنه: أن رسول الله قال: (إذا مررتم برياض الجنة
فارتعوا) قالوا: وما رياض الجنة؟ قال: (حلق الذكر)
أخرجه الترمذي
Daripada Anas bin Malik RH: Rasululullah SAW telah bersabda:
" Apabila kamu melalui taman-taman syurga maka raikanlah ". Sahabat
bertanya " Pakah dia taman-taman syurga? ". Nabi SAW bersabda "
perkumpulan zikir ".
4. Dekati Allah melalui kalaamNya iaitu Al Quran
قال خبَّاب بن الأرتِّ رضي الله عنه:تقرّب إلى الله ما استطعت، واعلم أنك لن تتقرب بشيء أحب عليه من كلامه
Khabbab bin Al Arat RH berkata : " Dekatilah Allah semampu yang engkau
boleh..dan ketahuilah engkau tidak akan dapat mendekatiNya dengan
sesuatu yang terlebih Dia kasih melainkan dengan KALAMNYA ( Al Quran )
".
5. Berdoa memohon dengan sungguh-sungguh agar dibuka hatimu daripada kegelapan ghaflah itu
حديث أبي سعيد رضي الله عنه أن النبي قال: (ما من مسلم يدعو الله بدعوة
ليس فيها إثم ولا قطيعةُ رحم إلا أعطاه بها إحدى ثلاث: إما أن تُعجَّل له
دعوته، وإما أن يدخرها له في الآخرة، وإما أن يُصرف عنه من السوء مثلها)
قالوا: إذاً نكثر، قال: (الله أكثر)
رواه احمد
Daripada Abu Sa‘id
Al-Khudri berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang maksudnya :
“Tiada seorang muslim berdoa dengan satu doa, bukan doa yang mengandungi
dosa dan bukan doa yang memutuskan silaturrahim, melainkan Allah akan
mengurniakan dengan doanya itu salah satu daripada tiga perkara: sama
ada dipercepatkan (disegerakan) baginya doanya itu, atau disimpan
baginya pahala doanya itu di akhirat (sebagai balasan), atau dihindarkan
daripadanya sesuatu keburukan seumpamanya. Mereka berkata: “Kalau
begitu baiklah kami memperbanyakkan doa”. Bersabda Nabi: “Allah lebih
banyak menerima doa hamba-hambanya.”
6. Peliharalah solat yang fardhu lima waktu itu dengan berjamaah
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من
حافظ على هؤلاء الصلوات المكتوبات لم يكتب من الغافلين)
رواه ابن خزيمة
Daripada Abu Hurairah RH berkata: Rasululullah SAW telah bersabda :
" Barangsiapa yang memelihara solat yang fardhu maka tidak termaktub ia di kalangan yang lalai ".
7. Bangkitlah beribadah di malam hari untuk mengintai rahmat dan taufiq Ilahi agar terungkai belenggu ghaflah dari hati
فعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه
وسلم أنه قال: (من قام بعشر آيات لم يكتب من الغافلين، ومن قام بمائة آية
كتب من القانتين، ومن قام بألف آية كتب من المقنطرين)
رواه أبو داود
Daripada Abdullah bin Amru bin Al 'As RHM daripada Rasululllah SAW
bersabda baginda : " Barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca )
sepuluh ayat ( Al Quran ) tidak dimaktub dia sebagai seorang yang
lalai. dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan (membaca) satu ratus
ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang yang tetap dalam
ibadah. Dan barangsiapa yang mendirikan malam dengan ( membaca ) satu
ribu ayat ( Al Quran) ditulis ia sebagai seorang yang sangat beruntung."
8. Banyakkanlah mengingati mati dan kehidupan abadi di akhirat
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
(أكثروا ذكر هاذم اللذات)يعني الموت ،
(في صحيح النسائي حسن صحيح)
Daripada Abu Hurairah RH berkata ia: daripada Rasulullah SAW bersabda :
" Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan ( MAUT )
~murabbi Ustaz Mohd Noor Omar~
astaghfirullah, ~muhasabah diri~ wallahu'alam. asif.
fi amanillah. :)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D