Isnin, Januari 27, 2014

Tangan mendahului Mulut.

assalamualaikum w.b.t




sobat2 sekelian yang dikasihi, semoga sentiasa di bawah rahmat dan limpahan berkah Rabbi.

tajuk nak cerita pasal tangan mendahului mulut. apekah? =="

macam pelik je kan? adakah nak cerita pasal tangan? pasal mulut? pasal suap makan? pasal bercakap? semuanya bukan tapi ni nak berkongsi dengan sobat semua satu pesanan dari seorang ustaz yang dah tua orangnya tapi tetap menggagahkan diri untuk hadir ke surauku untuk mengajar kuliah subuh.


ustaz ni suka sangat cerita pasal arwah ibu dia. lupa pulak, nama ustaz ni, ustaz halim. dalam ustaz menyampaikan kuliahnya, 


"sebagai anak, sebenarnya dalam diam, ada derhaka pada mak."


"masa makan bersama2 dengan keluarga, kita ni pun amek je lauk. contoh, atas pinggan tu ada ikan bahagian ekor, pastu mak nak, tapi anak dah amek dulu tanpa tanya pada mak atau ayah dulu. mak hanya diam tengok anak makan sebab mak kan bukannya jenis yang suka nak bentak2 lagi2 kalau tengok anak yang dia sayang tengah makan."

"sebenarnya, masa mak tengok je tu dan jika terdetik dalam hati nya ' nak bahagian ikan yang ekor tu ' , maka disaat itu, si anak dah menjadi derhaka."

ku yang mendengar kuliah tu, " Allah, mudahnya untuk menjadi derhaka. T.T "

sentap baq hang! haa, dah faham kenapa tangan mendahului mulut? maknanya, tangan si anak mendahului mulut si mak yang nak kata, "mak nak bahagian ekor ikan tu."

ustaz ni orang lama, jadinya nasihat dan apa yang ustaz ajar memang adab dan akhlak kepada mak ayah yang sangat halus.





jadi, sedikit tips lah kan, kalau nak makan dengan famili kan, sebelum nak makan tu, 

tanya dulu mak ayah nak yang mana atau bagi mak ayah ambik dulu sebelum sesiapa ambik lauk tu. 

JOM SESAME JADI ANAK SOLEH. moga kita dapat menjadi saham yang terbaik untuk bisnes akhirat mak ayah kita sobat2 sekalian. 


astaghfirullah, wassalam. ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D