apa yang kau bawa?


assalamualaikum. bismillah walhamdulillah. dapat juga untuk menulis lagi dan Allah masih memberi waktu untuk terus hidup untuk menikmati udara segar ini.


apa yang cuba untuk kau bawa..? topik yang aku cuba nak goreng k. goreng. makanya kalau hangus maaflah ye.


panaskan minyak. nak goreng dah ni. =="



adakah kita ini, 
menyumbang kepada naiknya daulah Islam ini..?
atau,

menyumbang kepada tersekatnya/terlambatnya naik daulah Islam..?

hidup atas muka bumi ini. semua orang maklum akan tugas mereka. beribadah (51:56) dan menjadi khalifah (2:30). maklum memang maklum namun sejauh mana aplikasi terhadap dua perkara penting ini bergantung kepada pemahaman seseorang tentang dua hal ini.


sungguh, kalau tak faham akan kepentingannya malah tidak berusaha untuk mengetahuinya, maka memang tak akan pernah untuk tahu dan faham dengan lebih dalam.


sebab itu, bilamana ada sebahagian orang yang tidak berapa memahami akan kedua-dua tuntutan ini maka wujudnya golongan2 yang nak buat sesuatu ikut suka hati mereka. boleh untuk kita katakan mereka mungkin tidak memahami lagi namun selama mana untuk mengatakan, "oh, tak tau lah pulak." sedangkan berlambak-lambak kelas agama yang dijalankan untuk menjelaskan dan memberi pemahaman tentang kedua-dua tuntutan ini. 


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta tapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(surah Al-Hajj, 22:46)

"Yang demikian itu disebabkan kerana mereka lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir (107) mereka itulah orang yang hati , pendengaran dan penglihatannya dikunci oleh Allah. mereka itulah orang yang lalai. (108)"
(surah an-Nahl , 16:107-108)

semuanya berbalik pada diri sendiri sebenarnya, nak atau tidak.

tambahan pula, dengan kehadiran mereka yang kurang memahami tuntutan ini, maka muncullah penyambung kompeni yang menyebabkan terlambatnya naik daulah islam itu. penyambung kompeni ini amatlah ramai pada masa kini. moga Allah jauhkan kita2 dari kompeni ini. na'uzubillah. 





kompeni ini mengharapkan kesempurnaan. amat mementingkan kesempurnaan duniawi dan yang sedap mata memandang. namun soal ukhrawi...? Allahu~~~ 


macam yang aku cakap tadi , bilamana ada muslim dari kompeni ni kata "oh, taktaulah pulak takleh buat macam ni." maka wujudlah kompeni2 ni tadi secara meluas dan meluas dan meluas. Allah~~~ dan amat sukar dibanteras. susah sangat. sebab yang menginginkan ukhrawi itu tak ramai. dan bila dah sediakan tempat dan program, hanya perlu datang tadah telinga, tak jugak datang.

*pening sudaaa... cemana lagi nak ajak... *


namun dalam ramai umat ini, masih wujud sekelompok manusia yang memahami akan tuntutan kepada kedua perkara itu tadi. dan boleh dikatakan mereka adalah penyambung yang lejen dari rantai-rantai perjuangan Baginda Nabi SAW. tapi onak dan duri pasti takkan pernah lupa untuk menyucuk2 jiwa2 dan hati2 yang berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini. 


lejen-lejen yang menyambung rantai2 perjuangan ini selalu dianggap asing pada masa kini seperti hadis nabi yang menyebut.



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

lejen2 yang asing ini akan dipandang jelek sebab berusaha untuk membawa nama Islam itu. sebab mereka ini tidak mengikut arus perdana dunia ini. katanya dari kompeni itu, kalau tak ikut arus, tak up-to-date lah. gituuh.




tapi, yang lejen2 ini percaya, up-to-date dari sudut pandang Allah itu lebih dan teramat penting berbanding yang dari sudut pandang manusia. lejen2 ini yakin up-to-date dengan Allah maka secara automatik Allah permudahkan urusan untuk up-to-date di mata manusia. Allah janji semua itu. 



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(surah Muhammad, 47:7)


percaya atau tidak..? yakin atau tidak..? tanya pada hati. 



lejen2 ini yang bertungkus lumus untuk memahamkan kompeni2 itu yang hidup atas bumi ini perlu berlandaskan pada Al-Quran dan As-Sunnah. bukan hanya tahu tapi perlu ikut segala perintah dan larangan yang diturunkan. namun, kalau takde ujian, makanya mudahlah segala kerja. sedangkan orang2 yang lejen tahap saiya kata "syurga itukan manis sebab tu perjuangan tu pahit"

mana tak pahit... nak bawak dakwah, orang tolak tepi. nak bawak kalimat Islam, orang takmo dengar. nak bawak tarbiyah, orang rasa tak penting. namun, lejen2 yang baru nak belajar dan yang dah tahap saiya itu meyakini janji perlindungan dari Pencipta Si Lejen2 itu tadi. 



"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman). dan orang2 kafir pelindung2nya adalah setan yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka adalah penghuni neraka. mereka kekal didalamnya."

(surah al-Baqarah, 2:257)



para lejen sekelian juga meyakini sorga dari Pencipta Sorga itu sendiri.


"maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan" 

(surah as-Sajdah, 32:17)



"mereka itulah yang memperoleh sorga 'Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai (dalam sorga itu) mereka diberi perhiasan gelang dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. (itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirahat yang indah."


(surah al-Kahf, 18:31)


maka berbahagialah para lejen sekelian. moga Allah redhai , rahmati dan berkati segala usaha kalian. Allah sebaik-baik pemberi ganjaran. usah berlengah lagi. ayuh kukuhkan gerabak yang antik dan owsem ini, moga segalanya dihitung Allah sebagai amal yang baik walaupun hanya sekecil zarah. go go chaiyok....!

tajdid niat. teruskan berjalan, senyum, sampaikan salam dan tenang. 

*keep calm and spread dakwah*

sebab memang untuk kompeni kemewahan dunia dan untuk lejen kemewahan sorga.


"dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir."
(riwayat muslim)

sedih. lelah. penat. lemah. eheh, relaks, Allah kan hadoo. sobat2 kan hadoo. lejen2 bukan sendirian. kita satu jemaah duhai lejen2 sume *senyum ke telinga*

kita mungkin tak mampu nak merawat.
tapi kita mampu nak membendung walaupun hanya sekecil zarah.

namun, semuanya atas kerja Allah. 

Allah yang mengizinkan dan tidak mengizinkan.

apa2pun, berbalik pada Allah walaupun hal itu nampak remeh. 

sebab sebaik pemberi perlindungan itu hanyalah Allah.

tajdid niat. mungkin terasa berat. terasa lelah. terasa nak lari jauh-jauh dan hidup aman sendirian. 

tapi umat memerlukan mereka yang super duper coolio untuk mengajak kembali ke jalan yang lurus. 

moga kita tergolong dalam golongan yang Allah bantu,rahmati dan berkati. 

sebagai yang lejen, mencari sempurna juga, namun sempurna yang dicari itu dimulakan dengan sempurna akhirat kerana pasti sempurna dunia akan datang mengejar dan berlari2 ke arah si lejen.



fi amanillah ^^ aman tanpa perang





jadi, apa yang kau bawa dan bergerak bersama? si kompeni atau si lejen..? 


akhirul kalam, aku akhiri gorenganku kalini dengan kata2 penyair :

"Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan,
sedangkan segala pemberian adalah ujian,
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dugaan,
sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian."

astaghfirullah, moga beroleh manfaat.

maaflah kalau kamu-kamu tak rasa sedap sangat. maklumlah baru belajar memasak. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya