kongsi-kongsi

assalamualaikum... 

pehabaq iman dan fizikal anda-anda yang ku sayangi kerna ALLAH sekalian?


semua orang ada tips yang nak dikongsi bersama kan? jadi, meh nak kongsi sikit. moga bermanfaatlah apa yang nak dikongsikan ni. aku ni pun baru belajar je, jadi marilah kita berkongsi.


ehem, ehem. 


mula-mula, cenggini. ramai gak orang yang suka bertanya2 kat aku yang lemah lagi hina ni,

"erm , tips belajar ada?"
"cemana ek nak fokus belajar?"


Allahu~~~ mula-mula aku diajukan soalan cenggini, aku pun taktau cane nak jawab weyh!


siyes! *terus kedu dan peluh-peluh (ok, hiperbola!)*


sebenarnya, ada banyak cara sebab semuanya bergantung kat tuan punya dirilah nak wat cane kan?

ni cara aku, meh kongsi. :)


pertama, sebelum nak pi kelas, adalah digalakkan amik wudhu'. moga dapatlah sentiasa dlm keberkatan. insha ALLAH.

yang seterusnya nih, aku ikut ranking k?


Allah berfirman dalam kalam-Nya,


"dan apabila hamba2-KU bertanya kpdmu (Muhammad) tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa pabila dia berdoa pada Ku. hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kpd-Ku agar mereka memperoleh kebenaran."
(surah al-baqarah, 2:186)

makanya kat sini, Allah dah kata Dia amatlah dekat, jadiknya, selalu-selalulah mintak pada Dia. yang penting, kita-kita memang YAKIN DENGAN JANJI YANG MAHA RAHIM. tambahan lagi, kita-kita ni wajib melaksanakan perintah dan menjauhi laranagan-Nya. sebab apa? sebab ilmu ni milik Yang Maha Luas Pengetahuan-Nya. jadiknya, nak ilmu, maka bertakwalah...! seterusnya.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita apa? Baginda nabi mengajar kita untuk memulakan sesuatu dengan basmalah. sebab setiap perkara yang diawali dengan basmalah akan mendapat berkah-Nya. dan bila mana kita sudah mengakhirinya, maka adalah patut untuk kita menyebut hamdalah dengan setinggi-tinggi kesyukuran sebagai tanda syukur kita kepada Ar-Rohim.
nak sebut kat sini, kita-kita ni, sebelum nak belajar, bacalah basmalah, baca doa, moganya Allah permudahkan urusan kita. doa yang kita dah hafal dari kecik tu, harapnyakita amalkan sampai sekarang. ni doanya kan...?
"Dia (Musa) berkata, Ya Tuhanku, lapangkan dadaku." (25)
"dan mudahkanlah untukku urusanku" (26)
"dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku." (27)
"agar mereka mengerti perkataanku." (28)


(surah Thaha, 20:25-28)


*fuh, regang badan*

lagi.

dalam menuntut ilmu, kita pastinya akan ada terlupa sesuatu lebih2 lagi masa hekzem (kan..2X) makanya ulama' dan orang2 tua ajau, berselawatlah ke atas nabi kita. moganya Allah ingatkan kita mana2 yang kita lupa. tapikan, kita-kita kenelah jadikkan selawat ke atas baginda nabi sebagai suatu zikir yang sering kita sebut dan laziminya. bukan bila memerlukan sahaja baru kita sebut. pehe dok?

sollu 'alannabiy. selawat ni ada banyak. tapi bergantunglah nak yang mana. amek yang mudah pun ok dah yang penting istiqamah ;) 








selain itu, *eceh* Dr anatomi ku ada syarah tentang surah almukminun sikit. 

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman."(1) 

"(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya."(2)
"dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."(3)
"dan orang yang menunaikan zakat."(4)

(surah al-mukminun, 23:1-4)

kata Dr,

"sebagai pelajar muslim, kita amat beruntung. kita perlu berbangga dengan hakikat itu sekiranya kita benar-benar beriman. cemana orang yang beriman ni beruntung? bilamana mereka khusyu dalam solat, menjauhi perkara lagha dan membayar zakat,"

jadi apa kaitan dengan pelajar?

sambung,

"orang yang khusyuk dalam solat, pastinya mampu untuk konsentrasi dalam kelas. dia betul2 belajau dalam kelas. tak melayang2 fikiran dia *sentap disini T.T *


seterusnya, mereka ni menjauhkan diri dari perkara2 lagha yang mampu mengganggu tujuan asal di uni iaitu untuk belajau. yang paling ketara adalah gamers, facebooker, whatsappers, movie-watchers (ade ke perkataan ni?) dan seangkatan dengannya. boleh je nak buat semua ni tapi sekali sekala lah kan, untuk merilekskan minda. :D

dan apa kaitan pulak zakat dengan pelajar? haa, zakat untuk menjaga keamanan sosial. disini nak membawa maksud, dalam konteks pelajar, kamu-kamu sebagai pelajar, haruslah untuk saling bantu membantu satu sama lain untuk mencapai kejayaan dan menjadi orang beruntung. tak perlulah nak ber-"jual-ikan" (baca:selfish) sangat. kan?"



ni yang ku ringkaskan dari apa yang disyarahkan oleh Dr sebelum kitorang mula kelas anatomi haritu. Dr ni memang suka nak tazkirah dulu terutama nak bagi peringatan pada yang muslim walaupun kelas kitorang campur muslim dan non-muslim.


dan seterusnya, *kenyit-kenyit mata* abang iparku berpesan, antara doa yang mustajab ialah amalan yang istiqamah. maknanya, dengan amalan yang kita lakukan secara istiqamah (tak termasuk yang fardhu sebab itu kewajipan kita), ianya menjadi salah satu jalan untuk kita berdoa kepada Rabbul Jalil agar permudahkan urusan kita. hee... kalau kurang jelas, bolehlah korang-korang rujuk pada ustaz-ustaz. lagi, senior matrikulasiku pernah berpesan, masa ni minggu orientasi dan senior ni adalah fasi kumpulanku dan antara yang dapat 4.0 rata. jadik dia berpesan pada junior-junior dia yang chumil ni sume, amalan jangan tinggal (baca:istiqamah) dan fokus masa dalam kuliah. *.*



lagi dan lagi, pakcikku ada pesan gak. katanya,

"kalau buat dua amalan sunat ni dengan istiqamah insya-Allah Allah akan permudahkan segala urusan. itulah dia solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha. sebab kedua-duanya ada istimewa dan kehaibatan yang tersendiri."


"sungguh bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan." 
(surah almuzzammil, 73:6)

solat sunat dhuha pula membuka ruang rezeki yang amat luas. 

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. 



(Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)



dan ini kelebihannya lagi solat sunat dhuha


inshaAllah ini saja yang ku dapat kongsi dengan korang-korang yang owsem dan coolio nih.



dan yang paling penting dan terutama sekali, JAGA NIAT DAN SENTIASA PERBAHARUINYA SEBAB NIAT YANG AKAN MENENTUKAN SEGALA-GALA PERBUATAN KITA dan semoga dengan terjaganya niat kita ini, Allah Azza Wa Jal akan menerima semua amalan yang kita lakukan. insyaAllah. ameen. semoga berjaya dalam hidup ye korang-korang sume. Allah itu Maha Mendengar, maka berdoalah dikala susah dan senang. dan Dia amat suka dengar kita merintih. T.T semoga sedikit tips ni bermanfaat buat korang2 sume. itu saja, doakan ku jugak...! senyum dan tanda aman. :D


astaghfirullah, wassalam fi amanillah ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya