semoga.


kita ini punya hati,

tapi hati yang bagaimana?

kita ini punya jiwa,

tapi jiwa yang bagaimana?

semua jawapan,

berdasarkan waqi'(keadaan setempat) masing-masing.

mari, aku tanya,

kau punya hati.
bagaimana kau uruskannya?

aku perhaluskan lagi,

kau punya hati,
pada dia yang kau sayangi,
tapi,
bagaimana kau menyusun aturnya?
bagaimana kau menjaganya?

aku tahu,

kau mahu yang dihati itu,
sentiasa disisi,
sentiasa dimatamu,
sentiasa dekat dengan jiwamu,
namun,
apakah cara yang kau lakukan untuk dia sentiasa bersamamu?
adakah,
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

kau tanya diri,

tanya imanmu,
jawab sendiri.
muhasabah. koreksi diri.

aku jua bukanlah yang luar biasa dalam menjaga hati,

aku jua insan biasa yang menyimpan hati.

maka dari itu,

jom kita jaga hati.
sama-sama.
sentiasa.

agar Allah sentiasa membimbing kita ke jalan benar.

yang Dia redhai,
yang Dia kasihi.
dan dapat kita menjadi,
hamba Rabbani.
semoga.

saling memperingati itu akhlak muslim
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya