semua pun rasa tapi salah aku sebenarnya.

semua pun rasa,
diri kecewa.
semua pun rasa,
diri sedih.

semua rasa,

hujan yang turun,
mengiringi kesedihan hati.

semua rasa,

mereka tak faham akan diri,
yang tanggung bebanan.

yang di atas rasa,

yang bawah tak memahami.
yang di bawah rasa,
yang atas tak memahami.

hanya satu,

sebab takde yang bersuara.
menjelaskan isi hati.
semua pun pendam.

yang di atas,

menyelesaikan isu sendiri.
yang di bawah,
menyelesaikan isu sendiri.

sebab apa,

sebab yang di atas rasa,
yang di bawah tak faham kenapa yang di atas buat sedemikian cara.
sebab apa,
sebab yang di bawah rasa,
yang di atas takkan pernah faham kenapa yang di bawah buat sebegini rupa.

yang di atas, 

nak tolong dan bantu.
yang di bawah pula,
rasa yang di atas tak ambil tahu tentang kebajikan mereka.

alahai,

adat berorganisasi.
yang lama,
yang baru,
yang di atas,
yang di bawah,
semua pun perlu untuk jujur dengan hati sendiri.
semua pun perlu bantu membantu sesama sendiri.

ni,

aku cakap berdasarkan pengalaman.

masa kini,

aku tergolong dalam yang dibawah,
dan,
aku pernah tergolong dalam yang di atas.

aku memahami perasaan dan hati kedua-dua belah pihak.

aku tahu kenapa sesuatu itu wujud.
kini aku sebagai yang dibawah,
bukan aku sengaja lambat maklumkan apa-apa kepada yang diatas,
tapi sebab aku keliru.
tapi sebab aku serabut.

tapi tafsiran setiap orang pun berbeza. 


ye, salah yang dibawah kerana buat keputusan sendiri,

tak memaklumkan pada yang di atas.

tapi, aku tak salahkan mereka-mereka...

sebab apa?
sebab akhirnya,
diri aku jua yang mendiamkan segalanya,
yang akhirnya mengeruhkan keadaan. 
sedangkan, andai aku ambil langkah,
selangkah pantas ke hadapan,
pastinya dapat menyelamatkan.
namun,
ternyata aku lambat.



setelah kesulitan pasti ada kemudahan. (94:6)


organisasi// jemaah itu ada adabnya.
bukan hanya wala'(taat dengan kasih sayang),
tapi juga syuro(mesyuarat) dan husnudzon (bersangka baik).
agar yang di atas dan di bawah dapat terjalin ukhwah,
dan mendapat redha Allah.
astaghfirullah.
wallahu'alam.
wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya