Loser pagi hari
"Allah nak tegur secara tunai, sekejap je." Itulah perkara pertama aku fikir bila aku jatuh kerusi tadi. jatuh tergolek lepas membersihkan kipas siling kat rumah hostel aku. bila bangun pagi tadi, berhajat untuk keluarkan peluh sebab nanti akan menghadap nota untuk peperiksaan akhir semester. huahua... makanya, bersemangatlah aku mengambil sabun, berus segala nak buat kerja-kerja pembersihan tandas. ye lah, alang-alang tu cuci hati sekali sebab tandas kan tempat yang tak bersih. bila merendahkan diri untuk membasuh tandas, macam menyerahkan diri untuk membasuh tempat kotor yang semua orang duk guna pakai tu haaa... tiba-tiba kawan aku datang tolong, alhamdulillah sekejaplah jadinya sesi membasuh tandas tadi. alhamdulillah, Allah juga yang buka pintu hati dia untuk bantu aku kan. makanya, selepas siap membasuh tandas, sementara nak tunggu peluh kering tu, aku bersihkan kipas pulak. masa tengah bersih kipas siling tu, terdetik dala...