Loser pagi hari




"Allah nak tegur secara tunai, sekejap je."

Itulah perkara pertama aku fikir bila aku jatuh kerusi tadi. jatuh tergolek lepas membersihkan kipas siling kat rumah hostel aku. 


bila bangun pagi tadi, berhajat untuk keluarkan peluh sebab nanti akan menghadap nota untuk peperiksaan akhir semester. huahua... 


makanya, bersemangatlah aku mengambil sabun, berus segala nak buat kerja-kerja pembersihan tandas. ye lah, alang-alang tu cuci hati sekali sebab tandas kan tempat yang tak bersih. bila merendahkan diri untuk membasuh tandas, macam menyerahkan diri untuk membasuh tempat kotor yang semua orang duk guna pakai tu haaa... 


tiba-tiba kawan aku datang tolong, alhamdulillah sekejaplah jadinya sesi membasuh tandas tadi. alhamdulillah, Allah juga yang buka pintu hati dia untuk bantu aku kan.

makanya, selepas siap membasuh tandas, sementara nak tunggu peluh kering tu, aku bersihkan kipas pulak. 


masa tengah bersih kipas siling tu, terdetik dalam hati aku, 


"aku bersih kipas ni nak tunjuk kat kawan aku yang aku tengah bersih kipas ni haaa, lain kali korang pulak bersih kan.. dan juga supaya diorang kata aku bagus."


riak, ujub, sum'ah semua ada kat niat hati aku tu.. astaghfirullah. 


lepastu, kawan aku keluar dari tandas,


"uish rajinnya hang..."

haa, dah kene puji dah. punyalah syatonirrojim bisik suruh bangga,


kuajaq syaitan! 


lepastu, nak turun dari kerusi sebab dah siap bersihkan kipas, tiba-tiba macamana tah, kaki aku salah landing, tergolek terus. terseliuh ibu jari, belakang kepala terhantuk lantai tapi alhamdulillah selamat sebab ada lapik kat kepala tu (Allah masih sayang aku... T.T)


terus aku istighfar sedalam yang mungkin. sebanyak yang mungkin. 


entah apa lah jadi dengan amalan aku yang membasuh tandas dengan bersih kipas tu, 


hanguskah? 

diterimakah? 
dibaling semula kepada akukah? 
ditulis dalam buku catatan yang kirikah sebab niat aku busuk? 
atau
ditulis dalam buku catatan kanankah sebab niat aku untuk kebersihan?

aku berserah kembali kepada Allah, semoga Dia terima amal ibadat aku dan dikira pahalanya. Allah... T.T 


loser pagi hari. hmm...



semoga Allah terima amal baik aku
semoga Allah bimbing aku sentiasa untuk jadi hamba soleh
semoga Allah sentiasa tegur aku dan aku lekas sedar
semoga aku jadi hamba yang sentiasa memohon ampun
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?

berhati-hati dengan ipar duai