4 perkara untuk dikongsi

Image result for muhasabah


Saidina Usman bin Affan. Sahabat Baginda Nabi SAW yang pemalu, lembut hati. Pernah suatu hari, beliau lalu di kubur. maka, tidak semena-mena beliau menangis teresak-esak sehingga basah janggutnya. Maka sahabat yang bersama-samanya bertanya,

"Mengapa engkau menangis wahai Usman?"

Maka, Saidina Usman menjawab,

"Barangsiapa baik keadaannya di kubur, maka mudahlah keadaannya selepas itu, dan sebaliknya. "
__________________________________________

Sehingga begitu sekali Saidina Usman menghayati makna kematian dan alam barzakh sedangkan beliau adalah sahabat Baginda Nabi SAW yang kita tahu merek sudah pasti akan memasuki syurga. Namun, beliau tetap bersedih dan menangis sepuas hati. sedangkan kita? Bila pula untuk kita benar-benar menghayati kematian, kubur, alam barzakh, seksaannya atas dosa kita? Ambil masa untuk merenungkan tentang diri sendiri.
___________________________________________

Seterusnya, satu kisah untuk renungan kita juga,

Dikisahkan, saat Saidina Saad bin Muaz meninggalkan dunia ini, arasy menjadi bergegar kerana suka dengan kehadiran Saidina Saad. Walaupun begitu, Baginda Nabi SAW tetap mendoakan agar kubur beliau dilapangkan, supaya dimudahkan urusan di alam barzakh sana.
___________________________________________

Sedangkan sahabat Nabi yang dinanti-nanti di syurga sehingga bergegar arasy untuk menerima kehadirannya pun, Rasulullah SAW masih mendoakan kebaikannya dan kemudahannya di alam barzakh dan kuburnya dilapangkan. Kita? Lagilah perlu mendoakan untuk diri kita supaya dipermudahkan, dilapangkan, dijauhkan dari siksaan api neraka dan ditemani taman-taman syurga di dalam kuburan nanti. Allahu akbar.

Muhasabahlah. sebaik-baik jalan untuk merenung nasib diri adalah menghitung diri dan berfikir tentang kematian, sesungguhnya kematian adalah peringatan yang terbaik. pergilah menuntut ilmu, pergilah membaca untuk tambah pengetahuan lagi tentang kematian, alam kubur.

Kadang tu, kita bukannya tak yakin akan kematian, cuma kelalaian kita membuatkan kita lupa. maka sebab itu perlu kepada peringatan dan pesanan sentiasa supaya persediaan itu kita sentiasa perbaiki dan buat.
__________________________________________

Kisah lagi untuk kita,

Satu hari, Imam Hassan Al-Basri, memegang air sejuk, lalu beliau pengsan. Bila beliau sedar dari pengsan tadi, orang di sekelilingnya bertanya,

"Kenapa Imam pengsan sebaik sahaja memegang air sejuk tadi?"

Imam menjawab,

"Saya membayangkan ahli neraka yang meminta air kerana terlalu dahaga."
__________________________________________

Sehingga begitu sekali Imam Hasaan Al-Basri takut akan neraka. baru pegang air sejuk terus bayang akan neraka dan seksaannya. betapa beliau betul-betul mengambil ibrah terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Ayuhlah kita juga berusaha ke arah itu. Kalau bukan kita yang ingin berusaha ke arah itu, maka siapa lagi?
__________________________________________

Peringatan dan pesanan terakhir adalah dari Al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Musa dari Sik Kedah. Kata beliau, seorang manusia perlu kenal akan tiga perkara untuk dia memahami hakikat hidup.

yang pertama, Kenal akan pencipta Allah Azza Wa Jal.
yang kedua, Kenal manfaat dan mudarat yang berada di sekelilingnya, di sekitar hidupnya.
yang ketiga, Kenal hal-hal selepas kematian.
__________________________________________

Pesanan Tuan Guru mudah tapi sebenarnya susah untuk kita sebagai manusia sebenar-benarnya memahami akan tiga perkara ini. Lalu, kita sewenang-wenangnya menjalani kehidupan ini. astaghfirullah. Salah kita dan silap kita atas kelalain ini. pohonlah ampun atas kejahilan kita dan berusahalah dalam mengenali ketiga-tiga perkara itu tadi.

Perkongsian ini hanyalah sikit sahaja. yang selebihnya adalah usaha dari diri anda-anda sekalian, dari diri kita sendiri.

Semoga yang sedikit memberi kita semangat untuk terus berubah menjadi lebih baik setiap hari.

astaghfirullah.
wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?

berhati-hati dengan ipar duai