3 tingkatan Sabar
Sabar.
Ia terbahagi kepada tiga tingkatan.
yang pertama, sabar menghadapi musibah.
ini adalah tingkatan paling rendah sekali. nampak seperti mudah bukan? walhal susahnya Ya Allah... hanya Allah saja yang tahu.
contoh, kita kehilangan barang, nak-nak pulak tu barang yang kita sayang. itu pun dah susah nak hadapi, susah nak sabar. lagilah pulak kalau musibat besar-besar contoh seperti kehilangan mak ayah, kehilangan ahli keluarga, kemusnahan tempat tinggal, lagilah payah nak hadapi.
sedangkan yang sebegini pun kita dah rasa susah dan payah, tapi ianya baru dalam tingkatan sabar yang paling bawah.
baik, kita tengok pulak apa tingkatan sabar yang kedua.
yang kedua, sabar dari berbuat maksiat.
Allahu. bukan mudah untuk menghalang diri dari berbuat maksiat dengan keadaan sekeliling yang 'menyokong' orang buat maksiat. dunia penuh teknologi, dunia akhir zaman penuh cabaran. nampak macam mudah nak hadapi padahal susah, susah nak menahan nafsu, susah nak menahan dari berbuat maksiat, susah nak meyakinkan diri yang maksiat ini akan bawa masuk neraka.
contoh, sabar dari berbuat maksiat ni, menahan diri dari melakukan zina. mungkin diri kita tak melakukannya (na'uzubillah), tapi kita perlu memikirkan tentang saudara-saudara kita diluar sana yang terjebak sekali. yang tiada siapa menghalang malah menggalakkan mereka. kita tidak disebelah mereka untuk menahan, malah kalau kita disebelah mereka sekalipun, kita mungkin takut untuk menegur. maka, doa adalah senjata paling ampuh buat kita yang lemah imannya. doakanlah buat mereka di luar sana agar Allah meninggikan kesabaran mereka dari berbuat maksiat.
yang seterusnya, sabar dalam beribadah adalah tingkatan tertinggi dalam sabar.
Ibadah? nampak mudah bukan. Aku dah solat, aku dah puasa, aku dah sedekah. okeh, aku dah buat semua ajaran agama. tapi sejauhmana kita istiqamah dalam ibadah? itu yang menjadi satu persoalan buat diri kita.
ibadah bukan benda main-main sebab ianya satu persembahan dari diri kita buat Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. sedangkan persembahan yang nak tunjukkan pada manusia kita bersungguh-sungguh, inikan pula untuk Allah azza wa jal, sudah pasti kita perlu memberikan yang terbaik.
istiqamah. satu perkara yang payah. sebab ianya perlu sentiasa berterusan. biar sedikit asal selalu buat. kita dah solat 5 waktu sehari, bagus dah tu. dah istiqamah dah. teruskan istiqamah pula dengan solat 5 waktu sehari yang mana kita memahami bacaan solat itu tadi. teruskan pula dengan istiqamah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. teruskan pula dengan istiqamah untuk memaknai doa kita setiap kali lepas solat. teruskan lagi dengan istiqamah untuk menunaikan solat sunat. dan bermacam lagi istiqamah yang boleh kita buat.
dan sesungguhnya istiqamah dalam ibadah ini tidak mudah sebab ianya mengundang tumpuan seluruh jiwa kita dalam melaksanakannya. sebab itu kesabaran dalam ibadah adalah tingkatan sabar paling tinggi.
tengok balik pada diri kita. cek balik. berusaha menuju untuk menjadi sabar adalah lebih baik berbanding hanya merasakan, "aku orang biasa je, cukuplah kat tingkatan sabar pertama." bukankah menjadi muslim itu perlu menjadi baik dari hari ke hari?
semoga perkongsian pendek ini bermanfaat buat anda-anda yang membacanya.
akhir sekali,
Jangan rasa memiliki supaya kita tidak terlampau larut sedih atas kehilangan kerana itu hanya titipan Allah.
-dipetik-
astaghfirullah
wassalam
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D