Khamis, Januari 12, 2017

Tidak mengekang malah menggalakkan

Image result for renovate hati

Kau tak mengekang,

Kau tak menghalang.
Kau tak katakan jangan buat.
Malah, 
Kau menggalakkan.
Kau meraikan.
Kau katakan "ok apeee"

Aku taktahu apa yang ada didalam fikiran kau, 

Tapi apa yang aku pasti, 
Hal yang kau raikan dan galakkan adalah salah. 

Kau kata,

"Umur dia ni dah sesuai dah nak ada suri hati."

Tak aku katakan salah, 

tapi bagaimana caranya suri hati itu diuruskan,
itu yang menjadi persoalan.

"Ish, apalah salahnya dating."


Tak aku katakan salah, 

tapi bagaimana cara ber-dating,
itu yang menjadi persoalan dalam benak fikiran aku. 

Islam mengajar cara yang betul, yang lurus, yang benar, 

tapi siapa je yang benar2 ikut syariat yang Allah Robbul Jalil, Yang Maha Tahu anjurkan?

mana mungkin Tuhan akan mengekang sesuatu tanpa menunjukkan cara yang benar. 

Dia yang mencipta manusia,
Dia yang menjadikan manusia,
pastinya sudah Dia sediakan manual hidup.
Manual hidup bersyari'at.
Manual hidup ber-Tuhan. 

Kebanyakan dari hamba manusia ini yang ego, berlagak, 

tak sudi nak menggunakan manual yang dah disediakan.
tak berusaha memahami tatacara yang diberi, 
tak ingin mendalami ilmu yang membawa kepada Tuhan, kepada kebaikan. 
segala terma dan syarat dah ada. 
baca dan fahamkan. 
malas nak baca, 
tanya pada yang tahu, yang pakar. 

ini tidak, 

Sudahlah kau tidak mengekang, 
malah kau menggalakkan. 
Tambahan pula, kau tak menunjukkan cara yang betul dan benar. 
lalu cara yang kau buat itu yang tersebar luas.

Allahu,

benarlah akhir zaman ini, 
banyak perkara yang sebenarnya kurang baik, kurang tepat, 
bukannya mendapat tentangan dan pembetulan, 
malah mendapat galakan. 

pernah aku baca,

"dalam fikiran kebanyakan orang...

'setiap orang tu ada cara nak buat kebaikan dia yang tersendiri, biarlah dia dengan cara dia.' 


fikiran sebegini yang menyebabkan orang lain kurang mengekang sebarang kesalahan yang berlaku sebab rasakan orang tadi tu ada cara tersendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara." 


pada fahaman aku, tak salah kau ada fikiran begini tapi bila orang tu ada salah kau tegur, bila orang tu nak buat amal kebaikan yang kurang tepat caranya, kau tegur dan perbaiki. 

taksalah untuk berkongsi ilmu dan amal yang kau ada, mungkin kau dan aku segan tapi sikit-sikit inshaAllah boleh. 

biarlah kau dan aku,

tidak mengekang malah menggalakkan dalam perkara kebaikan, bukan sebaliknya. 


semoga Allah jaga hati kau dan aku dalam melakukan amal soleh
moga kebaikan terus tersebar
moga kejahatan dapat dikekang 
astaghfirullah
wallahu'alam
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D