9 tanda orang itu sudah matang dalam hidup


Image result for tanda matang


Assalamualaikum.

Sembilan tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan.

1) Berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2) Boleh menerima orang lain seadanya. kita faham makna perbezaaan pendapat. tidak perlu taksub.

3) Berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4) Berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5) Melakukan sesuatu, hanya untuk mendapatkan ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapatkan pujian, nilaian dan pengiktirafan orang. tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6) Berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7) Berhenti membandingkan nasib kita dan nasib orang lain. kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8) boleh bezakan "kehendak " dan "keperluan" lalu mengutamakan keperluan dari kehendak.

9) Berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. niat mahu berkasih sayang dann beramal kebajikan.

wallahu'alam
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya