"Suraya, I love you!"

Image result for i love you suraya


Assalamualaikum.

Tajuk buku yang aku baca sebelum ni, "Suraya, I love you!". sebab apa aku baca? sebab buku tu guna nama aku, Suraya. hahahaha, jadinya, nak tahulah apa yang istimewa sangat watak Suraya dalam buku ini sampai penulis jadikannya tajuk.

ringkasnya, buku ini menceritakan tentang penggunaan ilmu hitam untuk mendapatkan si Suraya.

mula-mula, disihirnya tunang Suraya dan mati dalam masa sehari. keluarga tunangnya panggil seorang ustaz namanya Ustaz Luqman. Dia berjaya mengubati tunang Suraya tapi serta-merta mati selepas itu.

kemudian, dalam masa 2 bulan, Suraya pulak yang kena kacau , kerap dan selalu. Suraya ada seorang peminat setia iaitu bekas teman lelaki. Lelaki ni sentiasa kacau Suraya dan Suraya amat membencinya.

Suraya juga ada seorang kawan baik perempuan, dia sangat rapat dengan Suraya dan sentiasa bersama Suraya, sentiasa ada disaat Suraya memerlukannya.

Selepas 2 bulan Suraya kena kacau tu, dia bertekad untuk jumpa Ustaz Luqman ni, sebab dia rasa hanya ustaz ni sahaja yang boleh membantu dia. jadinya, dia tumpang rumah bakal mak mertua (tunang dah mati tu) sebab Ustaz Luqman di kampung tu.

pada malam itu, dia kena kacau bila syaitan memerangkap Suraya dalam dimensi masa sebab bila dia tersedar tu, pada jam 3.13 pagi. dan dia ke bilik sebelah nak kejut makcik yang dia tumpang rumah tu, tapi masa tak bergerak. dia menjerit dan tiba-tiba tersedar bila makcik tu jirus air ke muka dia.

segera berjumpa dengan Ustaz Luqman untuk mencari penawar dan mereka mengesyaki lelaki peminat setia Suraya adalah pengacaunya.

namun, di akhir cerita, pengacau utama adalah kawan baik Suraya sendiri sebab dia sangat cinta akan Suraya.

pada malam aku habis baca tu, pukul 3.03 pagi, rumah aku takde elektrik.! hadoi, sabau je lerrr... sangat menguji iman di saat ini. Allahu.

buku ini, pada aku ok sebab mungkin penulis baru nak mula menulis. tiada masalah. tapi plot pengakhiran tu aku tak gemar akannya.

aku pun bukanlah penulis buku sebab mampu tulis blog je sekarang ini.

moga aku dapat menjadi penulis yang menyumbang kepada pembangunan jiwa anak muda.

mungkin kalau ada yang nak kolaborasi dengan aku ke kan, bolehlah kau dan aku sama-sama menulis dan keluarkan buku. hehe.

Allahumma aamiin
aku pun ingin menyumbang untuk ummah
astaghfirullah
wassalam


Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya