Kisah NADWAH


assalamualaikum...
Nadwah??? hingga ke hari ini masih terasa kebahagiaan dapat ilmu dalam kepenatan itu walaupun ada beberapa kali saya terlentok juga...


21/11/2010,AHAD


malam ini, saya keluar awal, jam 9pm.. saya pada mulanya nak kata pada mama:" keluar lambat sikit?" tapi mama yang semangat jadi saya hanya turut kata bos.
selesai solat dan doa, bertolak dan sampai di hentian DUTA jam 9.30pm. wah, sampai awal, semangat ni... tapi mama kata tunggu dalam kereta sebab cikgu memberitahu yang seharusnya berkumpul jam 10.30pm... hah, apalagi, tidur lah dalam kereta 1 jam..bila bangun je tidur, dah pukul 10.30pm, memang sedang elok, keluar kereta, angkut beg yang berat, dan bawa masuk dalam. tetibe ada pulak ulat tiket tanya :"alor setar?" saya jalan saja dari situ bersama dengan muka yang tidak kisah..
akhirnya, jumpa cikgu Raihan di tempat menunggu bas. tunggu punya tunggu, semua sudah tiba dan kini hanya menuggu bas MARALINER.
janji jam 11.30pm.. tetiba jam 1.30am... tak apa, ada hikmah tu... naik saja bas, ghayah saya adalah kembara malam...


22/11/2010,ISNIN
saya dikejutkan oleh kawan untuk turun dari bas. dah turun, ambil beg KAMPUNG saya dan saya dan kawan-kawan dan cikgu ditinggalkan di tepi jalan berdekatan dengan tol.
ok, tak apa.. tunggu saja dan kami diambil oleh pakcik daripada Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI).. tiba disana, kami terus menunaikan solat subuh dan baca ma'thurat. bilik kami pada awalnya hanyalah pelajar daripada Al-Amin Gombak dan Al-Amin Bangi. kami istirehat dan mempersiapkan diri.
dalam masa itu, tiba-tiba bilik itu semakin ramai dan akhirnya memuatkan pelajar-pelajar daripada 5 buah sekolah. bilik ini serupa bilik asrama jadi tidak sempit.. alhamdulillah...
selesai segala, kami turun sarapan di kantin dan kami banat dan banin bersama-sama menyiapkan manifesto MPP. sekolah tak pernah ada MPP tetibe kena buat manifesto, apalagi, hentam saja...
bila mesej dan bertanya kakak senior, semua kata manifesto ni macam pilihanraya. tak apa. buat je, betul salah belakang cerita...
lepas makan tengahhari dan solat zohor (oh, ada insiden disini,kan xephora?)
segala-galanya bermula. taklimat kasar diberikan. muallim tu kata yang perlunya AJK pelaksana di kalangan pelajar kerana nadwah ini adalah untuk mengukuhkan kepimpinan qiyadah yang hadir.

pengerusi majlis sementara telah dilantik dan dia adalah MUAZ OMAR. saya dan kawan-kawan lainnya berasa bangga dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
petang ini, kami ada aktiviti petang dan main batu sanad... best!!
setelah itu, kami diberi waktu rehat dan terus menunaikan solat maghrib. Al-Amin Gombak diberi kepercayaan untuk memberi tazkirah dan NADIM, AZHARI yang kehadapan. mereka membicarakan tentang niat.. makanya, saya juga tidak terkecuali membetulkan niat.
usai isyak, nadwah diteruskan dengan majlis perasmian dan ceramah oleh Ustaz Rosli Yusof bertajuk sejarah kepimpinan asy-syahid Imam Hassan Al-Banna.
sejarahnya itu cukup panjang dan banyak yang saya tidak tahu, dengan menggunakan kepantasan tangan saya salin semua yang saya mampu (memang penat). susah ya perkembangan ISLAM ini tapi dengan kemunculan mujadid yang menjayakannya sehingga hari ini berkekalan.
selesai ceramah dan majlis perasmian, setiap sekolah diamanahkan untuk membuat post-mortem dan komen tentang hari nadwah yang pertama, pembentangan semula manifesto oleh Muaz.
selesai muhasabah, kami menuju ke kamar yang menanti kami dengan setianya untuk kembara malam bersama-sama.



23/11/2010,SELASA

kami menambah hammasah nadwah ini dengan sama-sama menunaikan qiyamullail. kemudiannya solat subuh dan ma'thurat. selesai semua, kami diberi arahan untuk menyiapkan diri untuk riadhah pagi, kami ada star jump dan army yell(tanpa suara).
riadhah sudah, kami diberi masa menyiapkan diri dan bersarapan.
segera dalam setiap langkah, kami diarahkan beratur dalam 3 barisan seperti kawad dan menjalani perbarisan pagi macam hari isnin.. tapi kesian pada seorang teman ana, tetiba hidung berdarah. syafakillah...

ucapan daripada pengarah pelajar dan pengarah program telah diberikan dan kami diberi waktu sediakan diri untuk ceramah kedua. oleh akh Aminuddin Shuib tentang kepimpinan masa. bagaimana masa boleh dipimpin ya? semua persoalan terjawab disini.
semua itu memberi saya semangat baru untuk saya menguruskan kepincangan masa saya yang terang lagi bersuluh tidak sistematik.

rehat sekejap dan disambung lagi dengan forum MPP. salah seorang ahli panelnya ialah daripada Al-Amin Gombak. mereka sama-sama membincangkan masalah, punca dan cara penyelesaian. semua punca dan masalah hampir sama, cumanya, cara selesai saja berbeza. bergantung kepada kebijaksanaan qiyadah sekolah-sekolah menguruskannya.
solat zohor, makan tengahari dan disambung puka dengan manifesto MPP. Al-Amin Gombak mendapat giliran no 10... kami hanya mampu mendoakan dan ucapkan selamat maju jaya.
tiba giliran, pemidato perlu membentangkannya dalam 7minit. pantas, padat dan ringkas penyampaiannya. tahniah kerana menggunakan 7minit itu sebaik mungkin. kami pelajar Al-Amin Gombak yang melihat amat berdebar apatah lagi dia, MU'AZ OMAR yang berpidato.
tetibe, kami dapat tugasan untuk memegang aktiviti petang itu, banyak yang kami main, boom boom, jambatan, tepuk-tepuk, dan nak main lagi satu tapi ALLAH tak izinkan., ALLAH turunkan hujan sebagai tanda rahmat. tak apalah.. resolusi dan kami diberi ruang rehat lebih awal..
selesai semua, kami solat maghrib dan jama' qasar isya' yang diisi waktu senggangnya dengan tazkirah.
kemudian, kami mengikuti forum Menjulang Kepimpinan Pelajar Musleh. banyak ilmu yang saya dapat walaupun dalam keadaan yang tersengguk-sengguk... tak apa,demi ilmu yang tak tahu bila boleh dapat lagi,saya kekal bertahan. memberi saya sedikit hammasah baru untuk memimpin diri dan teman dengan pendekatan baru.
seperti hari sebelumnya, ada supper, post-mortem, komen dan sedikit muhasabah tentang diri kami.



24/11/2010,RABU





Hari terakhir...
hari dimulakan dengan qiyamullail. solat subuh, ma'thurat juga bersama.
adanya perhimpunan pagi, sesi fotografi... persiapan diri, sarapan. kemudian ada majlis pelantikan MPP Musleh. dari Al-Amin Gombak seorang banin dan seorang banat begitu juga sekolah-sekolah lain...
majlis penutup oleh ustaz Megat Mohamad Amin bin Mohd Nor. pesanannya :"kalau yang lain tu tak ingat tak apalah, tapi ingat yang satu ni, BERKAT IBU AYAH ITU PENTING WALAU DIMANA SAJA.. BERBUAT BAIKLAH KEPADA MEREKA."
pengumuman pemidato terbaik dan manifesto MPP terbaik.. alhamdulillah, ALLAH memberikan langkah kanan kepada Al-Amin Gombak untuk memilikinya.. salah satu jalan yang ALLAH bagi untuk memudahkan kami menubuhkan MPP di sekolah...
saya pulang dengan hati yang sedih kerana nak lagi bernadwah, kalau boleh seminggu pun ok... nak duduk dengan pelajar sekolah lain terutamanya SMIHJB... nak bincang tentang kejayaan mereka dalam MPP.. dan banyak lagi.. tapi masa tak mengizinkan. kalau ada lagi, saya nak IKUT!!!



KESIMPULAN KISAH NADWAH KALI INI,,,



  1. nampak disiplin masa kami kurang, tidak sistematik
  2. ukhwah dengan junior itu terasa apabila jadi riang ria si kecil bersama mereka walaupun ada F4 yang kurang meminatinya tapi saya suka pendekatan ini.
  3. merapatkan ukhwah dengan pelajar sekolah lain. SMIAA Bangi, SMIH JohorBahru dan banyak lagi... ada yang dah pernah jumpa di i'dad du'at.. wah, manisnya bila teringat semua tu...
  4. kepercayaan yang kami dapat untuk aktiviti petang itu mengejutkan kerana meraih kepercayaan itu, oh, sukar sekali... tapi kami tahu bukan mereka yang pilih tapi ALLAH yang pilih maka alhamdulillah kami laksanakan dengan jayanya...
  5. terima kasih kepada semua yang melakarkan cerita dalam pengalaman hidup saya samada anda sedar atau tidak. setinggi-tinggi penghargaan untuk semua..
  6. saya susun 10 jari memohon maaf kepada semua yang terasa atas kekurangan kecerdikan saya dalam berkata-kata dan bernadwah. saya juga insan biasa dan layak untuk mendapat penghinaan atas kejahilan diri.
  7. saya nak NADWAH LAGI!!! BEST!!! RUGI YANG TAK PERGI..
  8. kami ada trademark (banat), memanah target... nak cakap pun tak tahu tapi unik.. thanks hidayah...
  9. saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada CIKGU RAIHAN, CIKGU ZAIMAH, CIKGU ROZAINAH, XEPHORA, AQILA, YASMIN, NURUL AQILAH, HIDAYAH F2, FARHANA F2, MARYAM F1 juga BANIN atas komitmen yang diberi untuk membantu saya memperbetulkan diri yang khilaf ini.
  10. kalau saya ada salah dan silap, tolong tegur ya???
  11. rasa macam nak je pergi ke sekolah yang memang sedia ada kebagusannya tapi cikgu kata serupa melarikan diri.. hmmm..... teruskan saja perjuangan dan cari redha ilahi..

SYUKRAN YA ALLAH..

TANPA-MU, TIADA DAKU DAPAT MEMORI INDAH INI...
moga dengan memori ini dapat aku julang ISLAM itu semula.. ameen~




mustafa masyhur;
" tarbiyah itu bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"

hassan al-banna;

"perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain"





astaghfirullah wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya