rasa hati




assalamualaikum....
saya sering kali saja mengalami perasaan ini, mungkin kamu yang membaca boleh membantu saya. mari baca soalan saya.

bunyi begini,
Kenapa hati merindui pada suatu yang tidak pasti? Mendamba kasih yang samar? Sedangkan KASIH YANG PASTI, tidak perlu dirindui atau didamba telah sedia ada namun TIDAK JUGA DIBALAS...
 
kenapa sering saja muncul persoalan ini? saya merasa sungguh kacau dengan perkara ini. ya, saya tahu perkara ini fitrah namun bila sekali terfikir, terus-menerus menerjah dan sukar sekali untuk berhenti. saya suka melihat mereka yang damai hatinya bersama dengan KASIH YANG PASTI. saya suka namun amat sukar untuk saya mengikutinya bukan tidak mahu tapi, tapi, tapi.. Ya ALLAH, sungguh susah! tiada tahu saya perlu ucapkan apa...

saya rasa amat cemburu dengan mereka yang sayang ALLAH lebih... bukan cemburu apa cuma bagaimana dia dapat menggapai kasih itu... YA, SAYA NI BANYAK CEMBURUNYA. senang hati melihat mereka yang berjaya menjumpainya namun saya ni??? apa nak jadi???

nak cakap pada orang amatlah mudah namun tiba pada diri saya untuk praktikkan, (amek kau... cane nak wat?) saya selalu saja memikirkan yang saya ini adalah... orang paling dibenci ALLAH..
berdasarkan firman-NYA,


"(Itu) sangatlah dibenci disisi ALLAH jika kamu menyatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
(QS, Ash-Shaff:3)


melihatkan ayat ini, saya sering sahaja terkedu, kelu.. pernah saja saya terfikir untuk DIAM, tidak berkata apa-apa... duduk saja dalam dunia sendiri, ibadat banyak-banyak, namun bila tanya mereka yang luas ilmunya, mereka kata,

"kalau macam tu, baik kita semua balik tidur je, tak yah wat apa-apa. apa tujuan ALLAH jadikan kita?"
"kalau semua orang fikir macam tu, macamana ISLAM tu nak berkembang? ingat, anda terpilih."

hmm.. saya fikir semula namun tetap merasakan yang saya ni lemah kerana memang saya ni kerdil lagi hina... kerana firman-NYA,

"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara keji dan kemungkaran"

namun, saya selalu merasakan solat saya tidak mencegah apa-apa, sering sahaja kesalahan itu bertandang, syaitan itu membisikkan yang dunia ini indah... akhirat tu, nanti-nati boleh taubat.
saya teringat ustaz kata,
"kalau solat tu tak membawa kebaikan, baik tak payah solat... sebab solat atas dasar adat bukan ibadat"

huh, memang TERKENA TERUS PADA SAYA!

saya memang sering kali kebuntuan bila memikirkan hal ini, diri pun tak lepas nak urus apatah lagi nak uruskan mereka yang diluar sana??? YA ALLAH, BANTULAH AKU... ameen,,,

astaghfirullah wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Pencarian kita sama