kepakaran

tulisan baru Cina dan 'pin yin' nya (cara sebutanlah gitu kiranya)


tulisan lama Cina beserta maksudnya


assalamualaikum...

apa sebenarnya saya nak cerita dengan tajuk kepakaran ni??? hmm, baiklah.. bukannya apa pun, cuma nak bercerita tentang kepakaran .. hahaha, ok... saya mula, dah sedia?

kisahnya begini,
dulu, saya pernah bersekolah di SJKC ON PONG, Ampang. memang seronoklah sekolah tu.. rotan, sebat, semua terasa.. hahaha, memang apa yang diorang kata pasal sekolah cina banyak kerja tu, memang betullah... saya tabik sama diorang.. jadi, bila saya pernah bersekolah selama 4 tahun, makanya, saya ada kelebihan untuk tahu bercakap dalam Bahasa Cina dan tahu membaca Bahasa Cina...


tapi sekarang ni dah tinggal sikit-sikit je yang saya ingat.. sedih T_T... ok... yang timbul persoalannya, dimanakah cerita saya ni? ok, masa bulan 12, lepas ikut nadwah bulan 11... kawan saya ada mintak biodata unutk nadwah, saya pun taktahu untuk apa. cumanya, ada tentang KEPAKARAN. saya mula-mula tulis 'membaca'... lepas tu, kawan saya kata :'su~, semua orang tahu membaca.' oklah, maksud saya ialah, saya membaca apa saja yang orang beri, ok tak apa. bila kawan saya soal seperti itu, saya pun nak tukar, tapi tak tahu apa...

akhirnya, kawan saya sebut :'haa, nt kan tahu cakap Bahasa Cina.' aduh, macamana ni, 'ana dah tak ingat sangat laaa.' 'alaa, takpe, @least nt tahu..' wah, gawat ni...

jadi, diakui kepakaran saya adalah saya mampu Berbahasa Cina, sebenarnya bukan kepakaran pun, hanya kelebihan...

bermula hari tu, saya dah bertekad. lepas habis form 5, saya nak amik kelas mandarin, sebenarnya, belajar bahasa orang ni best.. bukan setakat tu je, nak amik kelas sastera melayu, inggeris dan banyak lagi bahasa, sekiranya mampu... hahaha, macam saya selalu monolog.

"IMPIAN MELANGIT, USAHA MASIH DI DARATAN"

tapi insya-ALLAH, ini tekad saya. anda bagaimana? pastikan tekad kita sama-sama menaikkan ISLAM dan sama-sama kita menjulang ISLAM dan masuk ke syurga Firdausi sama-sama ok???

ingat, insya-ALLAH, ALLAH bersama hamba-hamba-NYA yang sabar,, 'la tahzan, innallah ma'ana'

astaghfirullah, wassalam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya