Isnin, Mei 12, 2014

cakap je, senang lah.

merindui. 
merindui baginda Nabi itu bukan mudah.

aku bertanya pada guruku, 
tentang cinta dan rindu pada baginda.

ini balasnya, 

"Memang kita diminta merindui Nabi. 
sentiasa mengingatinya.
mencurahkan rasa kasih pada baginda.
Dan rasa kasih itu perlu dibuktikan,
dengan belajar mengikuti cara hidupnya baik
perkataan, perbuatan mahupun akhlaknya."

sambungnya lagi,

"MUDAH BILA BERBICARA
TAPI
ITULAH HAKIKAT CINTA."

"SENTIASA MENUNTUT SEBUAH PENGORBANAN"

lalu, aku bertanya lagi,
bagaimana untuk menyubur rasa cinta?
sebab diri sentiasa merasa paling teruk dlm mencintai.

dijawab guruku dengan mudah,

"Rasa insaf perlu ada.
baru boleh menjana kekuatan.
jangan berputus asa mengejar
CINTA RASULULLAH."


sollu alannabiy.

moga Allah redha dan rahmati cikgu sentiasa, 
Ustazah Norsyima binti Mohd Sati.

astaghfirullah.
wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D