Jumaat, Mei 02, 2014

entah mana yang diterima

Assalamualaikum dan selamat petang ;)





moh nak citer satu alkisah ni... 


adalah suatu hari ni, sedang aku dengan sorang kakak ni semangat bergerak ke sana ke mari sebab ada program yang berterusan tanpa henti. daripada ceramah di kolej bergerak ke liqa' pula di tempat lain.


pengangkutan yang ada masatu hanya motor. jadi nak taknak memang kene bawak sebab akak tu tak reti bawak motor. 


dalam masa nak bergerak ke motor dari tempat ceramah dekat kolej tu, tibe-tibe akak tu berkata,

"entah mana satu lah kesibukan 
kita ni yang Allah kira..." 


masa dengar tu, terus terdiam, tersentap, rasa kene piat telingat, rasa kene tembak kat jantung. T.T


sedih yang amat masa tu, nangis laju-laju dalam hati.


rasa macam selama ni, buat kerja tanpa niat yang betul. buat sebab nak buat, bukan untuk Islam. huwaa....! 


dan mula daripada haritu, aku cuba untuk ingatkan diri yang "entah mana satu kebaikan yang Allah kira..." 


makanya, aku terus menerus berusaha untuk meluruskan niat. inshaAllah. memang Allah melihat usaha DAN sesungguhnya meluruskan niat ke jalan yang betul itu juga merupakan satu usaha kan?


doakan aku dan sahabat-sahabat semua. sungguh, meluruskan niat itu bukanlah mudah. sebab tu, itulah hadis 1 yang Imam Nawawi bawakan dalam kitab Hadith 40. 




" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : 
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sebab niat yang menentukan sesuatu perkara itu dibuat dan menghasilkan gerak geri kita. 


wallahu'alam... 
astaghfirullah.
wassalam.
T.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D