Rabu, Mei 28, 2014

dokter dan pakcik drebar



suatu hari,
aku menaiki bas,
mendengar pakcik drebar berbicara dengan orang 
dalam telefon
(bukan aku curi dengar, pakcik drebar tu cakap kuat)

katanya, 
"apa...? ingat kita ni drebar, diorang tu dokter-dokter,
suka hati je nak bagi arahan suruh kita buat apa-apa je.
diorang dokter-dokter tu nak senang je semua. 
kita yang drebar ni yang tahu jalan tu, bas ni boleh masuk atau tak.
kalau diorang kata, 'bas lain boleh lalu, kenapa bas ni tak boleh?'
jawab balik pada diorang,'kalau nak sangat bas lain tu, naiklah bas tu. tapi bas yang drebar saya bawak, dia tak masuk.'  

lepas terdengar semua itu,
aku istighfar sedalam-dalamnya.
betapa, terkadang kita ini,
merasakan diri berpengetahuan luas, 
maka patut untuk dilayan dengan sedemikian cara.
mereka yang dibawah harus mengikuti cara kita.

sedangkan,
ilmu yang kita ada dengan ilmu yang mereka ada, 
takkan pernah sama.
kita mengambil cerita di atas sebagai contoh,
dokter-dokter itu mungkin ada ilmu dalam bidang profesional,
sedangkan pakcik drebar tu ilmunya tentang bas yang dia bawa.

walaupun begitu,
dua-dua mereka daripada golongan yang berbeza ini,
mempunyai pakar dalam ilmu masing-masing. 
dokter dalam profesionalismenya dan pakcik drebar dalam kearifannya.

maka,
seharusnya,
saling menghormati, 
bukan saling tidak berpuas hati. 

saling memahami,
bukan saling memarahi.

saling membantu,
bukan saling mengelak.

seandainya, 
kita ini memahami hakikat penghambaan, 
maka tiada harus kita berkelakukan sedemikian rupa.
sebab, 
hamba-hamba itu tiada apa yang beza antara mereka,
namun hanya TAQWA 
yang menjadi penanda aras siapakah yang mulia darjatnya
disisi Robbul Jalil. 

maka, ayuh kita kembali kepada sebab penciptaan.
Albaqarah : 30 
dan
AzDzariyat : 56 

moga dengan itu,
kita menjadi insan,
yang sering memahami,
yang sering membantu,
yang sering menghormati,
tak kisahlah, 
kita ini dokter atau pakcik drebar bas.

wallahu'alam.
aku pun masih belajar juga.
astaghfirullah.
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D