Beruntung!
*Hadis logam. andai memahaminya.* |
Dia muncul kembali,
Masuk semula, ke
dalam organisasi itu.
Tanyaku padanya,
“kenapa naik balik?
Memegang jawatan?”
Jawabnya mudah,
“nak bantu
orang-orang yang nak menaikkan Islam.”
TERDIAM.
Sebab hadirnya dia
kembali,
Dengan niat dan misi
yang jelas.
Bukan kerna
kepentingan dirinya,
Bukan kerna
sahabat-sahabatnya,
Tapi kerna pencipta,
Robbul Jalil.
Pernah dia utarakan,
“perbetulkan niat
kenapa kamu-kamu disini,
Kalau nak popular,
dapatlah kamu popular.
Kalau sebab kawan,
dapatlah kamu kawan,
Kalau sebab pencipta,
maka dapatlah pencipta.”
Aku diam sahaja
ketika dia persoalkan kami-kami.
Kiraku,
Dia terlalu hebat
dalam gerak kerjanya,
Aku dan dia,
Langit dan bumi
jauhnya.
Rasanya,
Ingin aku berhenti
dari menyertai organisasi
Bawah pimpinannya.
Kerna aku malu
Sebab kami dilahirkan
dari institut yang sama.
Tapi itulah dia,
Bilamana, memahami.
Lebih dari segalanya,
Sanggup dilakukan.
Yang penting Islam
itu dapat terus kukuh dan teguh atas muka bumi ini.
Aku malu.
Tapi kini,
Aku di dalam organisasi itu.
Nak berhenti
tiba-tiba?
Menjejaskan seluruh
pergerakan,
Tahu?
Apa yang boleh
dilakukan hanyalah terus perbaiki diri.
Apa yang aku pasti,
Hormat yang amat
tinggi pada dirinya,
wujud dalam diri aku.
wujud dalam diri aku.
Aku belum cukup yakin
untuk menjadi seperti dia.
Masih mencari
kekuatan dan keyakinan. :(
Mungkin kerna,
Aku sendiri tak yakin
dengan apa yang aku bawa.
Bukan malu,
Tapi bimbang aku
taktahu apa yang perlu untuk aku jawab nanti.
Andai dipersoal.
Itulah yang pernah
kukatakan.
Diri ini lemah sebab
Terlalu banyak
memikirkan
Sangka manusia,
Bukan
Sangka Robbul Jalil.
Benarlah Hadis 1 dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi ada menyatakan,
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. – Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.
Semoga Allah mengganjarinya,
kebaikan dan kehaibatan.
semoga Allah meredhainya sentiasa.
cintanya pada Allah melebihi segala-galanya,
pantaskah Allah tidak memandangnya?
beruntung dirinya.
astaghfirullah,
wassalam.
Ulasan
Catat Ulasan
terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D