Selasa, Jun 10, 2014

enti, sori.

Assalamualaikum. Meh nak kongsi sebuah alkisah kejujuran seorang sahabat.

Suatu petang, masa ni aku tingkatan 4. Kitorang ada ujian kimia untuk penggal 2.
Semangat nih menjawab walaupun aku tau aku jawab merepek. Hahaa.... ==”




Kitorang jawab exam ni dalam makmal, pastu, duduk  bertentangan (boleh bayanglah kan cemana meja makmal tu). Pastu, dengan gigihnya aku menjawab soalan yang kalau untuk budak genius, haaa... tutup mata boleh jawab. Tapi untuk aku ni haa... punyerlah perah otak nak jawab.

Ditetapkan Allah azza wa jal, ada seorang sahabat yang duduk depan aku. Dia pun antara yang genius gak, laju pulak dia menjawab. Aku ni tinjau-tinjau tengok, alahai jeles je. Ok takpe, aku jawab semampu mungkin.Ujian tamat.

Beberapa hari kemudian, 
Masa ni tengah beratur nak amik wudhu’ kat tempat wudhu’ untuk nak solat zohor.
Tiba-tiba, dia (sahabat tadi tu) yang aku kasihi kerna Allah bersuara,

“erm.. enti-enti, nak bagitau samting boleh?”

Aku pun semacam tertanya-tanyalah apa yang dia nak bagitau, manalah tau nak bagi hadiah ke. Haha..!

“Sebenarnya kan, masa haritu, ana ada tiru jawapan enti untuk soalan objektif no 1. Sori tau.”

Aku pun, “eh, bila pulak enti tiru ana ni? Haha, tak perasan pulak.”

“Alaa, ada ana tiru. Sori tau. Sori.”

Aku jawab,”ok takpe-takpe, dah lepas dah pun. “

Kat sini bukan nak kata pasal dia meniru ke apa, tapi sebab ada dua nilai yang aku nampak amat berharga.

Pertama, dia berani untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Kedua, dia berlaku jujur pada diri dia walaupun dia tahu hal tu akan bagi persepsi buruk walaupun sikit pada dia.

Nak katanya, sangat penting kita berlaku jujur pada diri kita setiap masa. Sebab apa? Sebab dengan berlaku jujur inilah kita akan rasa yakin dengan diri sendiri dan mampu untuk melakukan perubahan *ceh, ayat...!*

Eh, papepun, aku tetap sayang pada sahabat aku yang seorang itu, dia memang sangat berani dan sangat jujur pada diri dia sentiasa. Sekarang dia kat India, amik Perubatan. Moga Allah redha setiap perjalanan hidup dia dan Allah sentiasa tetapkan dia atas jalan dakwah yang osem nih.



Akhirul kalam,
Kata para hukama’, “berkatalah benar walaupun ianya pahit.”

Kejujuran ini adalah antara sifat mahmudah yang wajib ada dalam diri muslim untuk menjadikan diri permata-permata Islam yang bersinar dari kejauhan.

Aku habiskan post ini dengan sajak yang aku karang sendiri, *cikai-cikai je.*

Sungguh,
Jujur itu bukan mudah,
Sebab adanya makan dalam disitu,
Sebab adanya yang akan tersakiti,
Sebab adanya yang akan terlukai,
Namun,
Moga dengan kejujuran itu,
Dapat tersebarlah kebaikan itu,
Dapat terjangkiti pada mereka-mereka yang inginkan mahmudah dalam diri.
 Walaupun begitu,
Ditegaskan,
SUNGGUH!
Jujur bukan mudah,
Sebab apa,
Sebab kita-kita ini terlalu memikirkan,
Sangka manusia,
Dan bukan,
Sangka Robbul Jalil.


T.T
astaghfirullah,
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D