Sabtu, Jun 28, 2014

hati dan gerak kerja

Hati dan gerak kerja,
Dua benda berbeza.
Jangan diletakkan sekali.
Kerna, 
andai diletakkan bersama,
Bimbang akan menjadi lain .
Dan apa yang diimpikan tidak akan dicapai.
Yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran.

Hati dan gerak kerja,
Dua perkara besar.
Yang memberi peranan dalam kehidupan seharian.
Yang memberi kesan dalam kitaran hidup.
Andai salah langkah,
Ianya akan menjadi kitaran bodoh,
Yang sama berulang-ulang,
Tanpa membawa makna kepada ummah.

Hati dan gerak kerja.
Jangan pernah dibincangkan di atas meja bulat yang sama,
Kerna,
Meja bulat gerak kerja dan
Meja bulat hati,
Takkan pernah sama metodologinya dan SOPnya.

Mungkin,
Yang bergerak kerja dan
Yang mempunyai hati (baca:cinta) itu
Orang yang sama di dalam satu meja bulat
Namun,
Profesional-lah dalam melakukan sesuatu perkara.
Kerna,
Diri yang dipinjamkan ini adalah duta Islam,
Andai diri cuai dan lalai,
Bukan diri yang orang lihat tidak betul,
Namun pada Islam itu sendiri.

Hati dan gerak kerja,
Ada salurannya yang betul.

Maka,
Seharusnya kita,
Menurut laluan sahih yang disediakan.
Usah segan dan silu,
Andai benar benar,
Sudah tiba waktunya.
Untuk digabungkan,
Hati dan gerak kerja.
Seandainya,
MAMPU MENJADIKAN GERAK KERJA INI MELAJU.!
MAMPU MENJADIKAN GERABAK INI MEMECUT.!
DAN 
MENJULANG ISLAM ITU KEMBALI.!


astaghfirullah,
masih amatur juga dalam menguruskan hati,
dengan gerak kerja yang masih terkapai-kapai.
usah ingin digabungkan keduanya,
andai belum benar-benar bersedia.
bimbang diri menjadi tidak fokus,
lantas secara tidak langsung,
melambatkan jalan kerja dakwah ini. 


Janjinya pada takdir diri-diri kita
sudah Dia catatkan. 
maka,
Berusaha untuk usah diragukan lagi.
akan ketetapannya tentang hati.
justeru,
Ayuh fokus!
Allah tahu yang terbaik buat diri kita.


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D