Jiwa yang tenang

Jiwa yang tenang
adalah
jiwa yang mengingati Tuhannya
lahir daripada
lidah yang basah menyebut nama Tuhannya

Jiwa yang tenang
hanya hadir
bila kita betul-betul mencarinya
seandainya
kita seperti acuh tidak acuh menerokainya
nescaya
jiwa yang tenang tidak akan hadir

oleh itu
berusahalah menggapai
jiwa yang tenang
dengan ilmu dan amal

kerna
Jiwa yang tenang
adalah
jiwa yang sentiasa dibawah naungan rahmat-Nya
dan
jiwa ini sentiasa dibawah lindungan keselamatan-Nya

maka carilah
annafsu al-mutmainnah
iaitu
jiwa yang tenang
untuk mencapai
kebahagiaan abadi

surah alfajr:27-30


astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?

berhati-hati dengan ipar duai