Mujahadah kita berbeza







"Hai manusia, 

sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu,

maka pasti kamu akan menemuinya."
(84:6)


Mujahadah.

semua orang ada gaya mujahadah tersendiri.
semua orang ada cara tersendiri.

satu suara kata,
"korang bolehlah, budak2 sekolah agama. dah hebat agama.
aku ni haa, baru nak belajar agama, baru nak berubah. 
kau bukannya faham pun rasa sakit, rasa penat, rasa lelah bersusahpayah menjadi baik."

satu suara pula kata,
"budak sekolah agama,
budak yang dah pandai agama,
budak yang memang dah soleh dari kecik, suasana soleh sekitarnya sentiasa.
tak bermakna sudah hebat, sebab,
mujahadah tetap saja perlu,
kerana, bebanan pada bahu mereka juga ada malah lebih lagi,
tambahan pula, seorang Muslim itu perlu lebih baik setiap hari."


Image result for mujahadah

sungguh,
mujahadah setiap orang berbeza. 
maka, 
jangan kau perkecilkan usaha mereka yang ingin terus berada atas jalan kebenaran. 
walaupun dia masih baru atas jalan ini.
atau sudah lama atas jalan ini.

kerja kita, doakan setiap dari sahabat kita setiap hari.
kerana SIAPALAH KITA untuk mengadili.
ingatlah,
kita bukan Tuhan untuk menghukum.
jangan ada satu persepsi pada dirinya melainkan kita tahu alkisah hidup dia. 

benar,
tak semestinya orang baik pada luaran, dia memang baik.
tak mesti orang jahat pada luaran, dia memang jahat.
cuma teringat pada pesanan seorang ustaz,
"apa yang dizahirkan itu adalah apa yang terkandung dalam diri.
analoginya, kalau dalam teko adalah teh, takkan keluar air kopi pula.pasti keluar air teh juga."

dari itu,
berusahalah menuju kepada kebaikan.
semoga mujahadah kita Allah pandang.
bukan usaha sia semata. 
kerna, 
setiap ujian yang Allah bagi itu, 
Allah tahu dan lihat usaha kita,
bertepatan dengan ayatnya, 


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. 
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya,
 dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
(Al-Baqarah:286)


\


mujahadah orang baru atas jalan kebenaran ini berbeza dengan mujahadah orang lama atas jalan dakwah ini dalam menangani nafsu masing-masing. 
usahlah perkecilkan antara satu sama lain.
kerana akhirnya,
destinasi kita adalah sama dalam menakrifkan kejayaan iaitu,
SYURGA.

semoga Allah redha.
astahgfirullah.
wallahu'alam.
wassalam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan zikir Ya Latif

Perlukah mutabaah amal?

berhati-hati dengan ipar duai