Rabu, Ogos 17, 2016

4 soalan hidup di Mahsyar.

Sedikit perkongsian.

Empat persoalan hidup di Mahsyar ..... perlukan jawapannya sebelum dijemput oleh Rabbil 'Izzati..


رَوى ابنُ حِبَّانَ والترمذيُّ في جامِعِه أنَّ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم قالَ: "لا تزولُ قَدَمَا عبدٍ يومَ القيامةِ حتَّى يُسألَ عن أربعٍ عَن عُمُرِه فيما أفناهُ وعن جسدِهِ فيما أبلاهُ وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ وعن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وفيما أنفقَهُ "


Ibnu Hibban dan At Tirmizi meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda : " Tidak berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada Hari Qiyamah sehinggalah ditanya tentang empat perkara : tentang UMURnya pada apakah telah dihabiskan, tentang TUBUHnya pada apakah telah digunakan, tentang ILMUnya pada apakah yang telah ia amalkan dan tentang HARTAnya dari mana diusahakannya dan pada apakah telah ia belanjakannya ".


Justeru.....Persiapkanlah jawapannya dengan hidup sebagai seorang HAMBA di dunia ini...


Umur demi ketaqwaan dan perjuangan...


Pesan ABi (Ustaz Mohd Noor Omar)

astagfirulllah
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih untuk komen dan ulasan anda... :D