Manusia itu sifatnya resah

Manusia itu sifatnya resah,
Sifatnya cepat mengeluh,
Sifatnya banyak mengadu,
Itu memang fi'il yang Tuhan tetapkan.

Tapi berbaliklah kepada Dia,

Untuk setiap resah gelisah,
Keluh kesah dan aduan.
Kerana Dia amat cinta,
Untuk mendengar semua butir kata hamba Dia.

Hanya kita,

Yang meletakkan Tuhan itu yang pertama,
Atau yang kedua,
Atau yang terakhir,
Atau tiada langsung dalam senarai pengaduan kita?

#manusiapelbagaisikap



astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya