pilih kasih

Image result for pilih kasih
Pilih kasih.
Kadang tu kau takperasan kau sedang memilih kasih antara dua orang.
Kata kau, kau tidak akan memilih kasih antara semua yang berada di sekeliling kau,
tapi hakikatnya perbuatan kau menafikan segala kata kau itu.

andai kau seorang ibu/ayah,
kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak.

andai kau seorang nenek/datuk,

kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara cucu-cucu.

andai kau seorang kakak/abang/adik,

kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara adik-beradik kau.

andai kau seorang makcik/pakcik saudara,

kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara anak-anak saudara kau. 

andai kau seorang bos,
kau takperasan perbuatan kau tu pilih kasih antara pekerja-pekerja kau,

begitulah kehidupan.
sehebat mana pun kau cuba untuk memberi sama-rata cinta dan kasih kau,
pasti akan ada yang kau sayang lebih sikit berbanding yang lain.

oleh yang demikian,

pohonlah dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang agar cinta dan kasih dalam hatimu itu,
kau dapat bagi secara sama-rata dan adil kepada semua yang disekeliling kau.

sayang adalah tidak salah.
tapi cara kau menunjukkan sayang itu mungkin boleh membuatkan yang lain menyimpan perasaan cemburu, kecewa, rasa tidak disayangi terhadap perbuatan kau itu.
sedikit sebanyak.

aku bukanlah yang terbaik untuk bicarakan tentang kasih dan sayang,cinta dan harapan.
namun, aku hanya berkongsi sedikit pandangan aku dalam menjalani kehidupan sebagai insan yang belajar untuk berkasih dan dikasihi.

sungguh,
contoh berkasih bercinta terbaik adalah dari kisah hidup Baginda Rasul, Nabi Muhammad SAW bersama isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya dan kepada umatnya.

aku juga masih belajar. tegurlah aku.
andai aku juga memilih kasih dalam kehidupan aku, nyatakan kesalahan aku agar dapat aku perbaiki.

wallahu'alam.
astaghfirullah
wassalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perlukah mutabaah amal?

Kelebihan zikir Ya Latif

Ghurur : Terpedaya